CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3329|Reply: 3

[Sarawak] Esok dah boleh balit Sarawak tapi ada syarat...

[Copy link]
Post time 10-10-2021 06:32 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bersetuju untuk membenarkan individu lengkap divaksinasi merentas negeri tanpa permit polis berkuat kuasa esok.

Keputusan yang dikeluarkan dalam laporan harian COVID-19 itu dibuat susulan pengumuman kebenaran merentas negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Bagaimanapun, jelas kenyatan itu, individu yang ingin memasuki Sarawak masih perlu memohon kemasukan melalui borang ‘EnterSarawak’ yang boleh didapati di laman sesawang sarawakdisastercm.com selain menyertakan bukti status lengkap vaksinasi, keputusan negatif ujian calitan RT-PCR atau antigen dari klinik kesihatan atau makmal kesihatan, serta maklumat peribadi berkaitan.

“Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah memaklumkan bahawa menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus, yang mana data terkini akan dikemas kini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini.

“Sehubungan itu, selaras dengan pengumuman Ismail Sabri, JPBN Sarawak turut bersetuju memberi kebenaran untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula esok, Isnin, 11 Oktober 2021 (12.01 pagi),” kata kenyataan itu.


credit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2021 06:56 PM | Show all posts
nilaikan lah sendiri ...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2021 07:23 PM | Show all posts
Sehubungan itu, selaras dengan pengumuman YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, JPBN turut BERSETUJU memberi kebenaran untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada PDRM bermula esok, Isnin, 11 Oktober 2021 (12.01 pagi).

Walau bagaimanapun, individu yang ingin memasuki Sarawak masih perlu melakukan perkara – perkara berikut:

✓ Membuat permohonan dalam EnterSarawak
✓ Sertakan bukti status 'lengkap vaksinasi'
✓ Keputusan RT-PCR ATAU ANTIGEN (dari Klinik Kesihatan atau Makmal Kesihatan) NEGATIF (sah untuk 3 hari sahaja)
✓ Lain-lain maklumat peribadi yang berkaitan

Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives

Jaga Sarawak, Intu Sarawak

SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
10 OKTOBER 2021
5.15 PETANG


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2021 08:03 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.070852 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list