CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3107|Reply: 1

[Sarawak] Isu kesesakan trafik Batu 6, 7 dan 10: JKR arah kontraktor tambah baik pelan pen

[Copy link]
Post time 10-10-2021 02:06 PM | Show all posts |Read mode




KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah mengarahkan pihak kontraktor untuk menilai semula dan menambah baik Pelan Pengurusan Trafik bagi mengurangkan kesesakan trafik di sekitar persimpangan Batu 7.

Menurut Unit Lebuhraya Pan Borneo (LPB) JKR Sarawak, antaranya adalah pihak kontraktor telah diarahkan untuk memohon bantuan daripada polis trafik bagi mengawal lalu lintas terutamanya pada waktu puncak.

“Selain itu juga, pihak kontraktor juga telah mewujudkan pasukan trafik bergerak untuk mengawal selia keadaan trafik dari semasa ke semasa setiap hari di sekitar kawasan pembinaan yang terlibat.

“Malah, baru-baru ini pihak kontraktor menyediakan satu lagi lorong tambahan berhadapan ‘Borneo Museum House’ di Batu 7, Kota Sentosa yang sebelum ini hanya satu lorong,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah kenyataan itu, melalui pemantauan yang dilakukan oleh pasukan pengurusan trafik oleh pihak kontraktor, semenjak penambahan lorong berkenaan keadaan trafik bertambah sedikit lancar daripada sebelumnya.

Kenyataan tersebut adalah respons kepada isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen dan orang awam berhubung kesesakan trafik di Batu 6, Batu 7 dan Batu 10 akibat kerja-kerja pembinaan LPB Sarawak.

JKR Sarawak juga mengingatkan pihak kontraktor untuk segera melakukan kerja-kerja pembinaan dan dalam pada masa yang sama mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Orang awam juga boleh menyampaikan aduan atau mengikuti perkembangan semasa berkaitan projek LPB dengan menghubungi Unit LPB Borneo JKR Sarawak di talian 082-230879 atau melalui akaun media sosial Facebook: Unit Lebuhraya Pan Borneo JKR Sarawak; Instagram: Unit Lebuhraya Pan Borneo JKRS; YouTube: Pan Borneo Highwaay Unit, JKR Sarawak atau melalui email: [email protected].


suarasarawak.my/2021/10

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kontraktor pun... traffic management pun gomen nak kena ajar juga ke? aiya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.065273 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list