CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3037|Reply: 1

[Sarawak] MCMC laksana pelbagai inisiatif tangani capaian internet lemah di Kapit

[Copy link]
Post time 10-10-2021 01:04 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani masalah capaian jalur lebar yang lemah di Kapit, Sarawak.

MCMC dalam kenyataan semalam memaklumkan sejumlah 19 menara komunikasi telah siap dibina di daerah Kapit dan Song di bawah Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat kelolaan suruhanjaya itu yang beroperasi sepenuhnya ketika ini.

Sebagai tambahan kepada menara komunikasi sedia ada, MCMC turut memperuntuk sebanyak 44 menara komunikasi baharu yang akan menyediakan rangkaian 4G di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

"Daripada jumlah itu, pembinaan dua menara baharu yang meliputi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit dan Kampung Balan sedang giat dilaksanakan sejak April lepas dan dijangka beroperasi pada suku kedua 2022," menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan 42 menara komunikasi baharu yang meliputi kawasan pedalaman seperti Nanga Nyimoh, Nanga Bangkit, Nanga Sembawang, Ulu Menuan, Nanga Makut, Nanga Bena, Nanga Dalai, Nanga Janan, Nanga Chupin, Nanga Engsilai serta kawasan terpilih akan dijadualkan pembinaan bermula November ini dan dijangka siap beroperasi secara berperingkat hingga akhir Disember 2022.

Selain itu, menurut MCMC, kerja naik taraf rangkaian kepada 4G ke atas 17 stesen pemancar telah siap dilaksana di bawah inisiatif JENDELA manakala 38 lagi stesen pemancar sedang giat dinaik taraf dan dijangka siap serta beroperasi secara berperingkat bermula November tahun ini hingga Mac 2022.

Turut dilaksana ialah kerja penyambungan rangkaian gentian optik yang sedang giat dijalankan di sepanjang jalan baharu dari pekan Kanowit hingga ke Song dan Kapit.

"Dianggarkan 707 premis sekitar Kapit dan Song akan menikmati capaian jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi lebih baik. Penyambungan rangkaian gentian optik ini dijangka siap menjelang suku pertama 2022 dan merupakan antara inisiatif JENDELA bagi menyediakan capaian jalur lebar berkelajuan tinggi," kata MCMC.

MCMC memaklumkan bagi mengatasi masalah capaian jalur lebar di kawasan pedalaman berbukit-bukau di daerah Song dan Kapit, 84 lokasi dikenal pasti untuk pemasangan perkhidmatan capaian jalur lebar melalui satelit (Wifi VSAT) yang dilaksana sejak September lepas dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir Januari 2022.

"Kemudahan itu akan beroperasi selama dua tahun dan membolehkan penduduk setempat di setiap lokasi mengakses perkhidmatan jalur lebar secara percuma. Dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh MCMC, ia diharap dapat membantu penduduk di Song dan Kapit untuk melaksanakan aktiviti seharian dengan lancar selain meningkatkan taraf hidup mereka dalam mengharungi era digital," katanya.

Susulan masalah capaian Internet lemah di Pekan Kapit yang disiarkan oleh sebuah media tempatan baru-baru ini, MCMC bersama penyedia perkhidmatan akan ke lokasi itu esok bagi mendapatkan gambaran sebenar selain mencari jalan penyelesaian terhadap masalah rangkaian komunikasi yang dihadapi penduduk.

MCMC turut mengadakan sesi libat urus dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna merangkap Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagi memaklumkan langkah penambahbaikan rangkaian komunikasi di kawasan itu.

"Bagi penduduk di Song, Kapit dan sekitarnya yang ingin mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar tempat tinggal mereka ataupun membuat aduan kepada pihak penyedia perkhidmatan boleh berbuat demikian dengan melayari JENDELA Map di pautan https://jendela.my," menurut kenyataan itu. - Bernama


utusanborneo.com.my/2021/10/10

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 04:14 PM | Show all posts
sedang giat dilaksanakan sejak April lepas dan dijangka beroperasi pada suku kedua 2022
boleh tido dulu ...

Susulan masalah capaian Internet lemah di Pekan Kapit yang disiarkan oleh sebuah media tempatan baru-baru ini, MCMC bersama penyedia perkhidmatan akan ke lokasi itu esok bagi mendapatkan gambaran sebenar selain mencari jalan penyelesaian terhadap masalah rangkaian komunikasi yang dihadapi penduduk.
tak viral ... tak ambik tau ...




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.059032 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list