CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3345|Reply: 11

[Sarawak] Sarawak pengeluar minyak sawit terbesar negara dalam dua tahun lagi

[Copy link]
Post time 10-10-2021 12:58 PM | Show all posts |Read mode


[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.05)]Tun Taib memotong kek ulang tahun kelahiran ke-85 di samping Toh Puan Ragad (kanan) sambil disaksikan Abang Johari (dua kiri) pada Majlis Jamuan Negeri di BCCK malam tadi. - Gambar ihsan Unit Komunikasi Awam Sarawak

KUCHING: Sarawak dijangka muncul sebagai pengeluar minyak sawit terbesar negara dalam tempoh dua tahun akan datang dengan keluaran melebihi kadar sedia ada sebanyak 4 juta tan setahun.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata para pemain dalam sektor industri telah menunjukkan keyakinan mereka terhadap potensi ekonomi negeri ini berkembang dalam tempoh pasca COVID-19.

Terbaharu katanya pada 4 Oktober lepas, Bursa Malaysia Derivatives Bhd telah melancarkan pelaksanaan kontrak Niaga Harapan Minyak Sawit Mentah Malaysia Timur (FEPO).

“Pelancaran pelaksanaan kontrak FEPO ini akan membantu meningkatkan pembangunan industri minyak sawit Sarawak ke tahap yang lebih tinggi dengan peluang untuk mendapatkan harga yang lebih baik dengan minyak kelapa sawit kit dibuka kepada pasaran hadapan.

“Ini sekali gus memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Sarawak memandangkan Sarawak merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran minyak sawit mentah.

“Saya menjangkakan dalam tempoh dua tahun lagi Sarawak akan menjadi pengeluar minyak sawit terbesar negara dengan keluaran melebihi kadar sedia ada sebanyak 4 juta tan setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Ke-85 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Hadir sama, isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, timbalan-timbalan ketua menteri, menteri-menteri kabinet dan menteri-menteri muda serta yang lain.  

Tambah Abang Johari, pada 6 Oktober lepas beliau mengetuai delegasi untuk berinteraksi secara maya dengan konsortium pelabur dari Korea Selatan yang bercadang untuk menghasilkan gas hidrogen dan ammonia hijau di Bintulu.

Pelaburan ini katanya pasti akan memberi impak yang besar kepada industri petroleum di negeri ini.

Beliau juga percaya keyakinan para pemain sektor ekonomi dan pelabur asing terhadap kestabilan dan potensi besar pertumbuhan ekonomi negeri ini akan memberi ruang kepada negeri ini untuk terus mempertingkatkan purata pendapatan isi rumah negeri ini.

Kejayaan program perindustrian setakat ini seperti di Samajaya di Kuching dan Samalaju di Bintulu katanya telah memberi pekerjaan berpendapatan tinggi kepada sekurang-kurangnya 20,000 anak muda.

Kerajaan negeri katanya juga yakin peningkatan pelaburan asing secara langsung di negeri ini akan terus memperbaiki kadar kemiskinan negeri kepada paras kurang daripada 12.9 peratus seperti yang dicatatkan pada tahun lepas.

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan saya telah melaksanakan apa yang terbaik untuk masa depan Sarawak terutama generasi muda.
“Saya yakin masa depan kita cerah dan kita mampu menghadapi segala cabaran yang datang dengan penuh keyakinan,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/10/10

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 04:11 PM | Show all posts
Jangan la rega jatuh macam dulu lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 10-10-2021 04:11 PM
Jangan la rega jatuh macam dulu lagi...

Aamiin2.. La ni harga tinggi.. Orang siap nak curi kan.. Macam kes curi sawit kat ladang ritu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 08:34 AM | Show all posts
ease replied at 10-10-2021 11:35 PM
Aamiin2.. La ni harga tinggi.. Orang siap nak curi kan.. Macam kes curi sawit kat ladang ritu
rindu nak makan kulat yang banyak tumbuh kat ladang sawit ...



kalo beli kat pasar malam .... murah ...
huhu kalo dah masuk kedai ... mahal

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-10-2021 08:34 AM
rindu nak makan kulat yang banyak tumbuh kat ladang sawit ...



FC boleh ajar akak upload gambar tak? Akak baru keluar dari kepompong SR ni.. Hee
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 02:10 PM | Show all posts
ease replied at 11-10-2021 12:39 PM
FC boleh ajar akak upload gambar tak? Akak baru keluar dari kepompong SR ni.. Hee
nanti FC buat Tutorial nya ... FC bagi link kat akak k ...

Selamat Berporum

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2021 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-10-2021 02:10 PM
nanti FC buat Tutorial nya ... FC bagi link kat akak k ...

Selamat Berporum

OK tq fc.. My febret mod.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 03:58 PM | Show all posts
ease replied at 11-10-2021 02:42 PM
OK tq fc.. My febret mod.. Hehe
ada2 jer akak ni


akak try jenguk link ni ... memana yang tak paham ... bgtau k ...

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=826546&page=64#pid73360986

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2021 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-10-2021 03:58 PM
ada2 jer akak ni  



Tq fc.. Sorry ye kalau susahkan.. Hehe.. Ngan line yang lemau ni.. BTW.. Dalam thread tu ada conversations between mods ke? Akak nak try PM fc.. Sampai ke sudah tak berjaya.. Nanti akak skodeng sendiri camner nak pm
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 08:09 PM | Show all posts
ease replied at 11-10-2021 05:02 PM
Tq fc.. Sorry ye kalau susahkan.. Hehe.. Ngan line yang lemau ni.. BTW.. Dalam thread tu ada conve ...
aish!!~ akak ni ... menyusahkan apa lak ni kak oi~  

sejujur nya FC salute la yang berporum guna henpon ...
FC terkial2 sebab dah biasa guna lappy ...

Threads tu khas untuk membawang tak kira la sapa2 pun boleh nyembang situ ...

Nak PM camni ...

tengok kat avatar FC yang reply ni nanti ... ada icon sampul tu ...click situ
tak leh nak ambik avatar FC sendiri sebab sampul tu takde


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2021 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 11-10-2021 08:09 PM
aish!!~ akak ni ... menyusahkan apa lak ni kak oi~  

sejujur nya FC salute la yang berporum guna ...

Wahh tqtq.. Akak appreciate Sgt fc nya help. lappy jarang guna sebab tak boleh  baring2 tengok hp sambil berporem.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2021 04:25 AM | Show all posts
ease replied at 11-10-2021 09:15 PM
Wahh tqtq.. Akak appreciate Sgt fc nya help. lappy jarang guna sebab tak boleh  baring2 tengok hp  ...
tau ...

sebab ramai akak2 yang dalam Group Kraf FC bgtau menda yang sama

ada pa2 tanya jer k...
seronok akak kuar dari jadi SR


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.056268 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list