BAU: Seorang lelaki dipercayai ejen tambah nilai judi dalam talian ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kedai runcit, Pekan Tondong, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, suspek berusia 30 tahun berkenaan ditahan kira-kira jam 3.45 petang menerusi Op Dadu yang dijalankan oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.
“Semasa serbuan, pasukan operasi turut merampas sebuah telefon pintar dan sejumlah wang tunai.
“Semakan rekod lampau terhadap suspek mendapati tiada rekod kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
sarawakvoice.com/2021/10/09
|