View: 1403|Reply: 1
|
Real terkedu dikejutkan Sheriff
[Copy link]
|
|
Madrid: Sheriff Tiraspol melakar salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara apabila menewaskan Real Madrid 2-1 di Santiago Bernabeu hari ini dengan Sebastien Thill menjaringkan gol kemenangan minit ke-89.
"Bagi kami ia adalah mimpi jadi kenyataan dapat meraih kemenangan di sini. Kami sangat gembira dan hanya mahu meraikannya," kata kapten Sheriff, Frank Castaneda.
"Kami hadir ke sini untuk menang. Kami bukan hanya datang ke sini untuk bersenang-lenang.
"Kami tahu kekuatan barisan pemain dan agak bernasib baik Real tidak memanfaatkan peluang mereka tetapi kami dapat guna segala peluang dengan baik."
Madrid ketinggalan selepas Jasurbek Yakhshiboev menanduk masuk bola pada separuh masa pertama tetapi Karim Benzema menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum Thill menjaringkan gol kemenangan untuk Sheriff.
"Ia adalah gol terbaik dan amat penting dalam karier saya. Kami mempamerkan aksi yang berani dan saya bertuah kerana dapat menjaringkan gol," kata Thill.
Keputusan itu akan menjadi salah satu kejutan paling besar dalam pertandingan itu selain memberi suntikan semangat kepada Sheriff untuk layak ke pusingan 16 terakhir.
Mereka sudah meraih enam mata penuh dalam Kumpulan D selepas turut menewaskan Shakhtar Donetsk.
"Kami terlepas untuk meraih tiga mata. Kami perlu menang pada perlawanan seterusnya," kata jurulatih Real, Carlo Ancelotti. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
THILL (tengah) meraikan jaringan kemenangannya. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|