View: 1364|Reply: 1
|
Perlawanan PSG, Man City termahal dunia
[Copy link]
|
|
London: Paris Saint-Germain menerima kunjungan Manchester City di Parc des Princes awal pagi esok dalam perlawanan yang dianggap paling mahal di dunia.
Kedua-dua kelab kaya raya itu bakal menampilkan barisan yang diperkuatkan deretan bintang ternama dunia.
Menurut data Transfermarkt, nilai skuad Manchester City dianggarkan 1 billion euro (RM4.89b) atau lebih tepat 1.005 bilion (RM4.92b) manakala PSG sedikit ketinggalan iaitu 997.25 juta (RM4.87b) euro.
Gabungan kedua-dua kelab menjadikan nilai mereka lebih 2 bilion (RM9.79b) euro sekali gus boleh dianggap perlawanan termahal di dunia.
Dalam misi memburu trofi Liga Juara-Juara pertama dalam sejarah, kedua-dua kelab membuat pelaburan besar pada musim panas ini.
Bagaimanapun, Manchester City mendahului saingan apabila mendapatkan pemain termahal musim panas, Jack Grealish.
Gergasi Liga Perdana Inggeris itu terpaksa membayar 117.5 juta (RM574.87j) euro kepada Aston Villa dan mengikat kontrak enam tahun.
PSG turut enggan ketinggalan apabila mendapatkan Achraf Hakimi, Sergio Ramos, Gianluigi Donnarumma, Georginio Wijnaldum dan pemenang enam kali Ballon d'Or, Lionel Messi.
Jika dibandingkan nilai jentera serangan kedua-dua kelab, PSG muncul pemenang dengan gandingan trio mereka Kylian Mbappe, Neymar dan Lionel Messi berharga 340 juta (RM1.66b) euro berbanding City yang diperkuatkan Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Phil Foden berharga 270 juta (RM1.32b) euro.
Belum dapat dipastikan sama ada Messi akan bermain menentang City namun yang pastinya perlawanan itu bakal menjadi perhatian seluruh dunia. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
GELAGAT Messi (dua dari kiri) ketika sesi latihan PSG. |
|
|
|
|
|
|
| |
|