View: 1349|Reply: 1
|
Pengalaman berguna KUFC
[Copy link]
|
|
Alor Setar: Pengendali Kelantan United FC (KUFC), Nazrulerwan Makmor menganggap kekalahan 0-3 skuadnya ketika bertemu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada saingan Kumpulan C Piala Malaysia semalam sebagai satu pengalaman berguna bagi mengharungi lima lagi aksi perlawanan seterusnya.
"Dari segi persembahan, saya tetap memuji usaha ditunjukkan pemain saya dan mereka menunjukkan corak permainan yang bagus dan berdisiplin sepanjang perlawanan.
"Saya masih berfikiran positif kerana kami masih ada lima lagi perlawanan, dan yang terdekat akan menjadi tuan rumah bertemu Negeri Sembilan FC dan kami percaya dengan kemampuan pemain kami untuk menghadapi perlawanan itu.
"Secara jujur kita faham Kedah mempunyai kualiti tinggi dan memiliki kelebihan dari setiap aspek manakala kami berada di tangga ketujuh Liga Perdana dan ini proses berguna untuk pemain-pemain muda sebagai persiapan di masa depan," katanya.
Nazrulerwan juga mengakui pemainnya masih kepenatan selepas baru sahaja menamatkan aksi Liga Perdana selepas menentang Terengganu FC II dan Kuching City FC dalam tempoh seminggu.
"Saya tahu pemain saya penat selepas mengharungi jadual padat bermula dari Terengganu dan kemudian ke Johor. Selepas itu pula ke Kedah dan mengambil masa 15 jam dalam perjalanan.
"Saya telah membuat penggiliran pemain dan untuk pertemuan dengan Negeri Sembilan di Kota Bharu Jumaat ini, insya-Allah saya akan menurunkan pemain-pemain yang lebih cergas," katanya. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN Kedah Renan Alves mengasak pemain KUFC Amirul Shafik. FOTO Bernama |
|
|
|
|
|
|
| |
|