View: 1381|Reply: 1
|
Rashford mahu segera berlatih
[Copy link]
|
|
LONDON: Marcus Rashford berkata hari ini dia berharap akan dapat segera menyertai latihan bersama Manchester United ketika dia meneruskan pemulihan akibat pembedahan bahu.
Penyerang England itu masih belum bermain musim ini selepas menjalani pembedahan bulan lalu.
Pemain berusia 23 tahun itu memuat naik mesej di Twitter dengan berkata: "Selamat hari Isnin. Saya berjumpa doktor pada Jumaat untuk melihat keadaan saya.
"Semuanya bagus, saya akan diberikan lampu hijau untuk menyertai latihan boleh bersentuhan sekali lagi."
Selepas bermain dengan masalah bahu untuk sebahagian besar musim lalu, Rashford mengambil keputusan selepas menjadi sebahagian skuad England pada Euro 2020 untuk menjalani pembedahan.
Pembedahan dilakukan pada 6 Ogos dan Rashford berkata selepas itu "semuanya berlangsung dengan bagus."
Dia terlepas lapan perlawanan membabitkan semua kejohanan setakat musim ini buat United yang akan menanti kehadiran skuad dari Sepanyol, Villarreal pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini sebelum berdepan Everton dalam Liga Perdana tiga hari kemudian. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemain Manchester United, Marcus Rashford mahu kembali berlatih bersama pasukan selepas menjalani pembedahan bulan lalu. - EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|