View: 1341|Reply: 1
|
Fati tampil cemerlang kurangkan tekanan Koeman
[Copy link]
|
|
Madrid: Pemain Barcelona, Ansu Fati kembali beraksi dan meledak jaringan selepas 10 bulan berehat akibat kecederaan untuk membantu pasukannya menumpaskan Levente 3-0 sekali gus mengurangkan tekanan terhadap Ronald Koeman.
Fati, memakai jersi nombor 10 yang sebelum ini menjadi milik Lionel Messi, masuk sebagai pemain gantian di Camp Nou, 323 hari selepas penampilan terakhirnya pada November tahun lalu.
Pemain berusia 18 tahun itu kembali dengan penuh bergaya, apabila membawa bola menghampiri petak penalti dan melepaskan rembatan rendah sehingga menerjah jaring pada masa kecederaan untuk membantu Barca meraih kemenangan yang sangat diperlukan.
Fati dijulang oleh rakan sepasukannya dan dia memanjat ke tempat duduk penonton di belakang bangku simpanan untuk memeluk ahli keluarganya dan staf perubatan pasukan.
"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada doktor dan semua orang yang sentiasa bersama saya untuk melalui semua ini, begitu juga kepada penyokong, anda semua luar biasa," katanya.
Selepas memerlukan tiga pembedahan di bahagian lutut, ramai yang tertanya-tanya mampukah Fati kembali kepada tahap terbaik seperti mana yang dipamerkan ketika pertama kali menyertai skuad utama pada 2019.
Ia masih lagi panjang buat pemain remaja berkenaan namun kehadirannya dan gol yang luar biasa, menaikkan semula semangat di Camp Nou selepas suasana kucar-kacir beberapa minggu sebelum ini terutama mengenai masa depan Koeman.
"Anda dapat lihat reaksi di stadium, kami tahu bahawa dia adalah pemain terbaik. Jaringan berkenaan hasil daripada cetusannya sendiri. Ia adalah kualiti individu yang ada padanya dan itu diperlukan kami," kata penolong Koeman, Alfred Scheuder.
Koeman mungkin tidak boleh diselamatkan dengan keputusan perlawanan berkenaan apabila Barca bercadang membuat perubahan namun sekurang-kurangnya wujud aura positif di stadium, walaupun sebelum kemasukan Fati. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
FATI dijulang oleh rakan sepasukannya selepas meledak gol ketiga Barca. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|