View: 1261|Reply: 1
|
Fernandes tak serik ambil penalti
[Copy link]
|
|
London: Bruno Fernandes berkata dia akan terus mengambil sepakan penalti 'tanpa sebarang rasa takut' di sebalik gagal dalam tugasan itu ketika Manchester United tewas 0-1 kepada Aston Villa, semalam.
Fernandes diberi peluang untuk mendapatkan gol penyamaan pada masa kecederaan di Old Trafford selepas Kortney Hause meletakkan Villa di depan minit ke-88.
Bagaimanapun pemain tengah Portugal itu yang sudah menjaringkan 21 daripada 22 sepakan penalti untuk United, menyaksikan sepakannya tinggi melewati palang gol Villa.
Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mempertahankan Fernandes namun kehadiran Cristiano Ronaldo di dalam pasukan menyaksikan dia mungkin terpaksa mengalah daripada terus melaksanakan tanggungjawab itu.
Menerusi Instagram miliknya, Fernandes berkata: "Tiada yang berasa kecewa lebih daripada saya sendiri kerana gagal menyempurnakan sepakan penalti dan menyebabkan kami kalah.
"Saya sentiasa memahami tanggungjawab saya dan selalu menggalasnya di bawah tekanan tinggi.
"Hari ini (semalam) saya gagal. Tapi saya ambil langkah ke depan dan sedia berdepan cabaran dengan matlamat dan tanggungjawab yang sama.
"Kritikan adalah sebahagian daripada bola sepak. Saya mengambil pengajaran daripadanya dan tidak akan berputus asa untuk menjadi pemain yang terbaik." - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
FERNANDES (kanan) gagal menyempurnakan sepakan penalti semalam. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|