View: 1230|Reply: 1
|
Tuchel akur, sentuhan Guardiola menjadi
[Copy link]
|
|
London: Manchester City memberi amaran bahawa mereka masih lagi menjadi pasukan yang perlu dihormati selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Chelsea, sambil dibantu dengan keciciran mata oleh Manchester United dan Liverpool.
Pep Guardiola berjaya menggunakan kelebihan taktikal tatkala City berjaya menguasai dan menekan Chelsea sehingga ke kubu mereka, serta menghalang daripada pasukan bimbingan Thomas Tuchle melakukan serangan balas pantas.
"Sepanjang 60 minit sehingga memperoleh jaringan, kami masih lagi kekal utuh terutama pada 20 meter terakhir padang namun selepas itu semuanya berkecai. Kami tidak mampu memberikan persembahan terbaik di bahagian baki 80 meter padang.
"Kami tidak cukup bagus untuk keluar dari tekanan. Kawalan bola kami tidak kemas terutama untuk membuatkan mereka terperangkap," kata Tuchel.
Sebelum ini Guardiola mengakui bahawa City mempunyai kekurangan terutama di bahagian serangan tatkala pasukan musuh mempunyai peledak seperti Cristiano Ronaldo, Romelu Lukaku dan Mohamed Salah.
Bagaimanapun, kekuatan City bukan bergantung kepada individu tapi satu pasukan yang mantap untuk bermain cara Guardiola sejak enam musim sebelum ini.
"Ia bukan masalah lokasi yang akan kami beraksi, kerana kami akan bermain dengan cara kami saja," kata Guardiola yang mencipta rekod baru kelab meraih 221 kemenangan sebagai pengurus City. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
TUCHEL (kanan) akui anak buahnya tidak beraksi dengan baik, manakala Guardiola mempercayai corak permainan tersendiri. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|