View: 4019|Reply: 36
|
[Borneo]
Guru enggan vaksin dipindah antara negeri
[Copy link]
|
|
Seramai 2,000 guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 atau antivaksin kemungkinan diambil tindakan dipindah antara negeri selepas ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya juga sedang melihat keperluan untuk memindahkan guru-guru terbabit ke sekolah atau tempat lain yang lebih sesuai.
Menurutnya, langkah tersebut diambil bagi memastikan guru terlibat tidak berinteraksi secara langsung dengan murid dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Bagaimanapun, katanya, jumlah guru yang enggan menerima vaksin iaitu seramai 2,500 orang sebelum ini berkurangan kepada 2,000 orang dan pihaknya masih menasihatkan mereka supaya divaksin kerana mereka perlu berhadapan dengan murid-murid.
“Kita sedang melihat bagaimana nak bawa keluar guru ini dengan menukar mereka ke tempat lebih sesuai dan ini mungkin melibatkan pertukaran antara negeri.
“Jumlahnya kecil, tetapi, apabila kita selidik ke tahap setiap sekolah, perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan dan kita akan ambil tindakan segera.
“Pada peringkat awal, kita nasihatkan supaya mereka divaksin kerana mereka perlu berhadapan dengan murid,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persediaan pembukaan semula sekolah di sini bawah Fasa 4 di Kolej Vokasional Langkawi di sini hari ini.
Radzi berkata, hasil data yang diperoleh, pihaknya mendapati terdapat sekolah-sekolah tertentu yang mana semua guru mengajar satu subjek sama tidak mahu divaksinkan.
“Jadi bagaimana kita nak teruskan pengajaran dan pembelajaran jika berada dalam konteks tersebut,” katanya.
Selain itu, katanya, pihaknya juga telah sekian lama memohon jasa baik guru-guru terlibat untuk mendapatkan vaksin.
“Berkaitan tindakan lain, kita menunggu apakah keputusan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) tentang pendekatan yang akan diambil daripada sudut perkhidmatan awam kepada guru-guru ini,” ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementerian memutuskan untuk membenarkan pelajar tingkatan enam semester dua untuk menghadiri sesi pembelajaran secara bersemuka di semua sekolah di Kedah pada Oktober ini.
Jelasnya, walaupun negeri itu masih berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun, telah mendapat kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dibuka pada tempoh tersebut.
Radzi berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan pelajar terlibat membuat persediaan akhir menjelang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). -UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
tak paham ...
pindah ke sekolah lain ... supaya ...?
langkah tersebut diambil bagi memastikan guru terlibat tidak berinteraksi secara langsung dengan murid dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
camne tu ...?
|
|
|
|
|
|
|
|
pindah kat mana?
letak kat skolah yang murid dan cikgu2 tak vaksin ke?
or 1 kpg yang tak vaksin?
|
|
|
|
|
|
|
|
kan ...
dengan Pengetua nya sekali tak vaksin ...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin cikgu tu kena mengajar kat kampung antibeks.. |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu xvaksin pinda lh ke sekolah lain sbb cikgu subjek tu sume xveksin
so kekosongan tu akan diganti dgn cikgu lain yg ajar subjek tu ..maksudnya cikgu xbeksin pun kena pindah juga?
aku xpaham |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by missus_meow at 26-9-2021 10:58 PM
nk pindah ke mana? and can solve the issue dorang tak nak divaksin ... sorry, cannot understand ... |
|
|
|
|
|
|
|
X payah pinhdah2 ni...suruh je buat test seminggu sekali kos sdn bhd...if diorg positive, bg je unpaid leave kos sdn bhd kalau admitted.
Aku rasa forumer yg tak nak vaksin mesto 100% setuju. |
|
|
|
|
|
|
|
MENGAPA....tak pernah diberitahu kpd umum mengapa/sebab2 cikgu2 ni semua tidak mahu/enggan divaksin??????? |
|
|
|
|
|
|
|
Tukar ke tmpt lain di bwh job scope yg bkn mengajar maybe? |
|
|
|
|
|
|
|
ye agreed..
sekarang nie budak kilang yg full vaxx pun 2mggu sekali kena buat test (yg air liur tu)..pastu update my sejahtera
|
|
|
|
|
|
|
|
Lohhhh nak pindah kemana pulakkk? Sama jeee cite nya |
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian Pendidikan pun lom jumpa lagi tindakan apa yang patut mereka ambik untuk Cikgi2 yang takmo vaksin ni...
apa yang mereka usulkan tu ... masih sekadar cadangan ...
persoalan nya ... Cikgu2 yang tak vaksin tu kena juga turun mengajar ... tapi...? nak ngajar camne jika blom vaksin kan ...
akan d pindahkan ...?
Itu la persoalan nya ... pindah kemana ...?
Jangan la nak guna tektik menggertak ... akan d hantar ke hulu pendalaman ... cian la kat orang2 kat situ ...
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la ...
nak pindah kemana la kan ...?
mesti dier rang tengah tersengeh2 Kementerian dalam dilema ...
|
|
|
|
|
|
|
|
untuk pelajar2 yang terjangkit pula ...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa tu tak penting ...
Keselamatan pelajar lebih penting ...
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin juga ...
tapi kesian la kat guru2 lain nya yang terbeban nak kena ambik alih tugas / kelas mereka ...
|
|
|
|
|
|
|
|
musangbodoh replied at 26-9-2021 09:18 PM
ye agreed..
sekarang nie budak kilang yg full vaxx pun 2mggu sekali kena buat test (yg air liur ...
Company cover kos ke? |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 27-9-2021 06:53 AM
Kementerian Pendidikan pun lom jumpa lagi tindakan apa yang patut mereka ambik untuk Cikgi2 yang ta ...
cara lain utk paksa mengajar di tpt sama dgn suruh pakai ppe je sbb bukan sng nak pindah2kan cikgu ikut subjek ni
sedangkan cikgu skg pun payah nak dpt tukar sbb kena ambilkira subjek drg ajar
kalau betul nak pindahkan cikgu2 xvaksin ni kt tpt lain, xpasal2 cikgu yg da veksin pun kena pindah tanpa rela..
on top of that, gomen smp skg xcakap vaksin ni wajib, kan? tapi layanan mcm benda ni mmg da jadi mandatori. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|