View: 1424|Reply: 1
|
Kecederaan batas aksi Messi di PSG
[Copy link]
|
|
Paris: Lionel Messi akan sekali lagi disisihkan Paris Saint-Germain bagi perlawanan awal pagi Ahad berdepan Montpellier ketika penyerang itu meneruskan rawatan kecederaan lutut menurut kelab itu.
PSG berkata Messi sudah mula kembali berlari semula dan ia adalah perkembangan terkini menjelang Ahad, sekali gus meningkatkan harapan dia akan kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Manchester City kendalian Pep Guardiola pada Rabu.
Messi dikeluarkan pada minit ke-76 ketika kemenangan 2-1 ke atas Lyon dalam saingan Ligue 1, minggu lalu
Messi hanya melakukan tiga penampilan buat kelab baharunya sejak tiba dari Barcelona awal Ogos lalu dan sudah melengkapkan aksi 90 minit hanya sekali di Club Brugge dalam saingan Liga Juara-Juara. - HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
Bintang PSG dari Argentina, Lionel Messi. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|