CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1490|Reply: 1

Afro teruja sertai Harimau Malaya

[Copy link]
Post time 24-9-2021 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Saya rasa teruja dan gembira…paling penting saya mahu pikat perhatian jurulatih (Tan Cheng Hoe) nanti".

Demikian perasaan tonggak pertahanan tengah, Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar selepas mengetahui namanya terpilih buat pertama kali bagi menyertai skuad Harimau Malaya yang akan mengharungi dua aksi persahabatan di Amman, Jordan bulan depan.

Jelas anak jati kelahiran Gombak yang lebih mesra dipanggil Afro ekoran gaya rambutnya yang unik itu, dia langsung tidak menyangka dirinya diberi peluang oleh barisan kejurulatihan negara dengan dirinya bakal bersaing bersama tonggak pertahanan terbaik yang lain.

"Alhamdulillah rezeki saya dapat terpilih untuk berada dalam senarai skuad Harimau Malaya. Ini adalah kali pertama saya terpilih selepas sebelum ini sudah beberapa kali main untuk skuad B-23 negara.

"Saya perlu ambil peluang ini dan menunjukkan permainan dan strategi ketika bermain nanti. Sudah tentunya bila main untuk skuad senior ini, kelajuannya jauh pantas daripada ketika saya bermain untuk B-23 dulu.

"Saya perlu menunjukkan permainan yang baik dan cuba dapatkan perhatian jurulatih Tan Cheng Hoe nanti," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Katanya, dia akan cuba berikan sepenuh komitmen dan mahu belajar serta mengutip pengalaman dengan pemain-pemain senior seperti Aidil Zafuan Abd Radzak dan Dion Cools.

"Saya tak sabar nak main dengan senior seperti Aidil dan Cools nanti kerana saya mahu ambil pengajaran dan belajar daripada mereka untuk menambah ilmu sebagai menaikkan karier saya.

"Untuk dua lagi pemain pertahanan pula, Dominic Tan sebelum ini saya pernah bermain dengannya ketika dengan skuad B-23 dan Irfan Zakaria, jadi kat situ saya tahu serba sedikit cara permainan mereka.

"Apa yang penting saya mahu belajar lagi termasuk dari segi teknik ketenangan yang penting untuk pemain pertahanan seperti saya," katanya.

Semalam, Cheng Hoe mengumumkan senarai 24 pemain yang akan melaporkan diri pada 1 Oktober ini sebelum pasukan negara berlepas ke Amman, Jordan pada 2 Oktober bagi menghadapi dua aksi persahabatan bertemu Jordan dan Uzbekistan yang berlangsung dalam jendela perlawanan antarabangsa Fifa.

Daripada senarai itu, enam daripadanya adalah muka baharu yang di bawa oleh Cheng Hoe yang sebelum ini pernah menegaskan akan membuat rombakan sekali gus sebagai persediaan terbaik untuk mengharungi dua kejohanan penting iaitu Piala AFF hujung Disember ini serta Kelayakan Piala Asia 2023 pada Februari tahun depan. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2021 09:17 PM | Show all posts

Aksi Sharul Nazeem Zulpakar (kiri) dalam saingan Liga M. FOTO Ihsan Selangor FC
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.320094 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list