CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2561|Reply: 8

[Kedah] Lelaki hampir putus tangan ditetak jiran

[Copy link]
Post time 20-9-2021 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki hampir putus tangan ditetak jiran[size=0.8][size=0.9]Zuliaty Zulkiffli
[email protected]


Rodzi menunjukkan kesan darah di lokasi kejadian di Kampung Kelubi Dalam, Jitra. FOTO Zuliaty Zulkiffli



Jitra: Lelaki hampir putus pergelangan tangan kiri dipercayai akibat ditetak jirannya dalam kejadian amuk di hadapan rumah di Kampung Kelubi Dalam di sini, hari ini.

Dalam 2.10 petang itu, mangsa yang berusia 27 tahun dipercayai ke rumah suspek berusia 29 tahun sebelum berlaku pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, dalam kejadian pada 2.10 petang itu, mangsa berusia 27 tahun dipercayai ke rumah suspek berumur 29 tahun, sebelum berlakunya pergaduhan.

Katanya, mereka dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan dan masing-masing menggunakan senjata tajam iaitu parang dan sebilah pedang.

"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di pergelangan tangan kiri dipercayai hampir putus, manakala suspek cedera di bahagian perut.

"Mangsa dihantar ke Hospital Jitra untuk rawatan manakala suspek ditahan untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Rodzi berkata, pihaknya merampas parang dan sebilah pedang, manakala siasatan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan mendapatkan keterangan saksi, selain suspek didapati pesakit mental dan mempunyai kad rawatan.



Disiarkan pada: September 20, 2021 @ 7:00pm









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Payah kalau berjiran dengan mat mental..dibiar,sakit hati...ditegur sakit diri,silap2 mati.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 20-9-2021 08:34 PM

dadah ke ni? take care gais yg mana ada jiran mental
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kg @sarah82
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 20-9-2021 09:03 PM
Ni kg @sarah82

Bukan.. Aku org alor setar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 20-9-2021 09:10 PM
Bukan.. Aku org alor setar.

Sorry salah kg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2021 09:13 PM | Show all posts
parang lawan pedang ... itu dia ... hrp mangsa ok ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnyEnglish replied at 20-9-2021 09:11 PM
Sorry salah kg

Kampung kelubi pun x pernah sampai.. In fact aku  pernah tersesat sbb guna jalan dlm sampai ke arau.. Hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
....selain suspek didapati pesakit mental dan mempunyai kad rawatan.

3 types of people I don't mess with

Pesakit mental
Pemabuk
Pendadih hardcore
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:08 AM GMT+8 , Processed in 0.058717 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list