CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1204|Reply: 0

[Kedah] TNB sumbang dua van jenazah

[Copy link]
Post time 20-9-2021 07:07 PM | Show all posts |Read mode
TNB sumbang dua van jenazah[size=0.8]Oleh Izad Thaqif Hassan - September 20, 2021 @ 2:52pm[email protected]


Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.



SUNGAI PETANI: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyumbangkan dua van jenazah bagi kegunaan masyarakat sekitar Daerah Kuala Muda.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata dua van itu diserahkan kepada Persatuan Veteran Komando Markas 6 Bridged, Kem Sungai Layar dan Masjid Sultan Abdul Halim.

Mahdzir berkata, van itu adalah milik TNB, yang tamat tempoh perkhidmatan, namun sudah dibaik pulih membabitkan kos RM70,000.

"Kita berterima kasih kepada pihak TNB yang sudi menyumbang van jenazah ini khusus untuk kegunaan Persatuan Veteran Komando Markas 6 Briged dan juga anak kariah Masjid Sultan Abdul Halim.

"Semoga dengan sumbangan ini, akan menjadi asbab kebaikan kepada TNB untuk terus berkembang maju, sekali gus membolehkan lebih banyak program kebajikan seumpama ini dapat dilaksanakan kelak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Van itu diserahkan Mahdzir kepada Panglima 6 Bridged, Brig Jen Khairul Anuar Abdul Aziz dan Ketua Imam Masjid Sultan Abdul Halim, Che Sa Ahmad, pada majlis yang diadakan di Kem Sungai Layar, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Solusi Bisnes Global TNB, Mohamad Ariff Zainol; Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohd Yusoff dan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Annuar Ahmad.

Sementara itu, Mohamad Ariff berkata, TNB menyumbang 60 van jenazah bernilai lebih RM2.7 juta kepada masyarakat sejak 2016.

"Secara purata, kita menerima lebih 80 permohonan setiap tahun daripada pelbagai pihak bagi mendapatkan sumbangan van jenazah.

"Sebelum ini, TNB menyumbang van baharu, namun kerana yang kos tinggi, kita memutuskan untuk menyumbang van tamat perkhidmatan yang sudah dibaik pulih setiap satunya membabitkan kos RM35,000," katanya.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.032876 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list