CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1443|Reply: 1

[Kedah] Negara perlu ahli politik berjiwa besar - Sultan Kedah

[Copy link]
Post time 20-9-2021 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Negara perlu ahli politik berjiwa besar - Sultan Kedah[size=0.8]Oleh M Hifzuddin Ikhsan - September 20, 2021 @ 12:14pm[email protected]


Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14, hari ini. - BERNAMA



ALOR SETAR: Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menitahkan semua pihak, khususnya ahli politik menggunakan tempoh yang ada sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk menangani masalah kesihatan dan ekonomi yang melanda.

Baginda bertitah, sesebuah negara tidak akan terlepas daripada kemelut, pergolakan dan krisis kerana hal seumpama demikian adalah lumrah dalam ketamadunan manusia.

"Sejarah mengajar kita terdapat dua pengakhiran sesebuah tamadun apabila berhadapan dengan cabaran. Pertama, mereka gagal mengatasinya dan musnah ditelan zaman. Kedua, mereka berjaya mengatasinya dan menempa lembaran baharu sejarah.

"Kemelut dan pergolakan politik di peringkat Pusat yang berlaku mutakhir ini telah berjaya diharungi. Namun, kita perlu sedar dengan pelantikan kepimpinan baharu melalui proses rundingan tertutup bukanlah satu penyelesaian mutlak. Ini hanyalah langkah kecemasan dalam menghadapi masalah yang lebih besar.

"Negara dan negeri Kedah pada tempoh genting ini memerlukan ahli politik berjiwa besar dan meletakkan masa hadapan negara dan negeri melebihi kepentingan parti dan peribadi. Lebih tepat lagi ahli politik yang berjiwa negarawan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14, di sini, hari ini.

Sultan Sallehuddin juga meminta prosedur operasi standard (SOP) membabitkan aktiviti keagamaan disemak semula agar lebih menyeluruh dan sesuai dengan situasi endemik.

"Menyedari hakikat kita akan melangkah ke fasa endemik, beta menyeru satu perancangan teratur dan jelas dapat diambil oleh kerajaan negeri dalam hal ehwal melibatkan aktiviti keagamaan. Beta berkehendak syiar Islam di bumi Kedah ini terus subur dan bersemarak.

"Beta percaya dengan komitmen Menteri Besar (Muhammad Sanusi Md Nor) serta seluruh anggota kerajaan negeri Kedah, hasrat untuk mengatasi pandemik ini pasti akan berjaya diharungi.

"Beta turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan. Mereka ini adalah perwira kita," titah baginda.

Mengenai prestasi pelaburan Kedah berjumlah RM43 bilion bagi suku pertama yang mencatat keputusan terbaik di Malaysia, Sultan Sallehuddin menyifatkan kejayaan itu adalah bukti betapa perancangan kerajaan telah membuahkan hasil.

"Beta yakin dengan terlaksananya projek berimpak tinggi yang dirancang seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) serta Taman Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) bakal meletakkan Kedah di landasan betul ke arah pengukuhan sektor ekonomi dan pelaburan masa depan," titah baginda.

Sultan Kedah turut menyeru agar semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini ditransformasi melalui penstrukturan yang lebih konstruktif dan telus.

"Penekanan harus diletakkan kepada perancangan strategik dan pelan perniagaan yang lebih selari dengan iklim ekonomi semasa memadangkan dunia telah berubah ke arah ekonomi lebih liberal dan terbuka. Sekiranya GLC masih bergantung kepada projek dan ihsan kerajaan, beta berpandangan ia tidak berdaya maju dan mampan," titah baginda.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul Tuanku.
Raja pun xterkecuali kannnn.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.190799 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list