CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1977|Reply: 1

[Kedah] Pelancong positif COVID-19 dibawa ke CAC, dikuarantin

[Copy link]
Post time 16-9-2021 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Pelancong positif COVID-19 dibawa ke CAC, dikuarantin[size=0.8]M Hifzuddin Ikhsan - September 16, 2021 @ 2:33pm[email protected]


Sebahagian penumpang feri pertama tiba di Terminal Feri Kuah dari Terminal Feri Kuala Perlis sempena pembukaan semula gelembung pelancongan domestik yang menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pertama bermula hari ini. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir



LANGKAWI: Pelancong yang dikesan positif sebaik tiba di pulau peranginan ini akan terus dibawa ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) sebelum diminta menjalani kuarantin 10 hari.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pihaknya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) di Lapangsasar Antarabangsa Langkawi Malaysia (LISRAM).

Beliau berkata, anggota pasukan keselamatan dan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) mencukupi bagi memantau kemasukan pelancong sebaik mereka tiba di lapangan terbang atau terminal feri.

"Penduduk tempatan tidak perlu risau, kita ada cukup anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) termasuk kakitangan KKM bertugas di pintu masuk.

"Jika ada yang terlepas dan dikesan positif, kita akan bawa terus ke CAC dan jika perlu mereka boleh dirawat di Hospital Sultanah Malihah atau memilih kuarantin di hotel atau di PKRC," katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan pelancong di sini, hari ini.

Kumpulan pertama pelancong domestik yang menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) hari ini. - Foto NSTP/M Hifzuddin Ikhsan

Hari ini, seramai 3,200 pelancong domestik dijangka tiba di Langkawi melalui 18 penerbangan dan tiga perjalanan perkhidmatan feri sempena pembukaan semula pulau itu di bawah projek rintis gelembung pelancongan.

Mengulas mengenai beberapa lokasi tumpuan di negeri lain kotor akibat kehadiran pengunjung yang ramai, beliau berharap perkara itu tidak berlaku di Langkawi.

"Kita di Langkawi agak berbeza kerana pelancong yang datang masuk melalui pesawat atau feri dan mereka hanya membawa beg pakaian dan mengambil peluang membeli-belah di sini.

"Apa yang terjadi di lokasi terbabit adalah pengunjung membawa makanan dan berkelah menyebabkan ada sisa sampah, tetapi pelancong di Langkawi banyak yang makan di kedai," katanya.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2021 05:41 PM | Show all posts
ok... mari kita lihat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.031444 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list