CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1839|Reply: 1

[Kedah] Saringan COVID-19 demi keselamatan semua - Nancy

[Copy link]
Post time 16-9-2021 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Saringan COVID-19 demi keselamatan semua - Nancy[size=0.8]M Hifzuddin Ikhsan - September 16, 2021 @ 5:46am[email protected]


Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri (dua kiri) bersama Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (tengah) pada Majlis Pelancaran Inisiatif Pelancongan Sempena Pembukaan Semula Pulau Langkawi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC) malam tadi. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir





LANGKAWI: Keputusan kerajaan mewajibkan pelancong menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum dibenarkan masuk ke pulau peranginan ini dibuat bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata langkah itu diambil bagi mengelak berlakunya jangkitan dan peningkatan kes COVID-19 di pulau itu disebabkan kehadiran pelancong.

Jelasnya, jika keadaan itu berlaku, terdapat kemungkinan tindakan drastik termasuk menutup kembali Langkawi kepada pelancong terpaksa diambil kerajaan bagi mengekang penularan.

"Hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) meminta ujian saringan dibuat ke atas pelancong sebelum ke Langkawi, walaupun ia agak mengelirukan orang ramai, tetapi ia dibuat dengan niat baik.

"Dalam mesyuarat sebelum ini, kita putuskan ujian saringan tidak perlu kerana hanya individu lengkap dua dos dibenarkan ke Langkawi, tetapi mereka sebenarnya masih boleh dijangkiti," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pelancaran Projek Rintis Gelembung Pelancongan Domestik Langkawi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC).

Hadir sama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan semalam memaklumkan pelancong yang akan ke Langkawi bermula esok perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan.

Khairy berkata ujian saringan mesti dilakukan oleh individu dewasa berumur 18 tahun ke atas dan kanak-kanak serta remaja berusia antara tujuh hingga 17 tahun.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, tempoh dua minggu projek rintis di Langkawi ini adalah penting kerana ia bakal menentukan keputusan dalam pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan tempatan lain.

"Dalam tempoh dua minggu ini kita akan memantau jika berlaku peningkatan kes COVID-19 di Langkawi dan ia akan dijadikan tanda aras bagi menentukan sama ada destinasi pelancongan lain dapat dibuka.

"Kita harap tidak ada kes serius berlaku dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan sepanjang tempoh berkenaan bagi membolehkan ekonomi Langkawi kembali pulih," katanya.

Sementara itu, Sanusi berkata, pelancong yang masuk ke Langkawi hari ini tidak perlu bimbang kerana ujian pengesanan akan dibuat secara percuma di lapangan terbang dan terminal feri.

Bagaimanapun, pihaknya belum menentukan sama ada ujian pengesanan secara percuma itu akan diteruskan kerana ia membabitkan kos yang perlu diserap KKM.










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2021 11:21 AM | Show all posts


kalau vaksin tu kebal kenapa nak swab test sebelum ke langkawi? bukan ke kalau kena covid stage 1/2/3 sahaja?

cyber bully sering dilakukan netizen ialah anti vaksin punca peyebaran covid? sedangkan dah vaksin boleh sebarkan covid jua

kesimpulannya fakta vaksin itu kebal ialah salah, fakta anti vaksin punca penyebaran covid juga salah.

info2 yang ada contradict antara satu sama lain. yang majoriti vaksin nak kebebasan kehidupan  !

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.037451 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list