CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1531|Reply: 1

[Pulau Pinang] Jasa pejuang negara dihargai

[Copy link]
Post time 15-9-2021 09:41 PM | Show all posts |Read mode
Jasa pejuang negara dihargai
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 15 September 2021


Mohamad Kairi (tengah) menyerahkan bantuan kepada Mohamad ketika mengunjungi di rumahnya di Seberang Jaya.


SEBERANG JAYA - Tanpa mereka, kita tidak mampu untuk merasai kesenangan dan kebebasan pada hari ini, malah tidak mampu untuk tidur dengan selesa tanpa perlu merasa bimbang dengan keadaan sekeliling.


Sebagai rakyat, kita perlu mengenang jasa, menghargai perjuangan serta pengorbanan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaga kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara.


Sehubungan itu, sempena Hari Kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos dan Hari Malaysia yang disambut esok, Zakat Pulau Pinang (ZPP) dengan kerjasama Sinar Harian telah menziarahi dua bekas pejuang negara di Seberang Jaya dan Permatang Pauh baru-baru ini.


Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi ZPP, Mohamad Kairi Ghazali, sempena sambutan dua hari bersejarah itu, pihaknya mengambil peluang untuk mengunjungi dua orang veteran tentera yang kini berada dalam keadaan tidak berdaya.


“Kita mengambil peluang untuk menziarahi mereka dan menyerahkan sedikit sumbangan seperti barang keperluan dan juga wang tunai.



Mohamad Kairi (kanan) menyerahkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan kepada Norsakhair.


“Semoga dengan sumbangan yang tidak seberapa ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh dua veteran tentera yang kini bergelar asnaf,” katanya.


Beliau turut mengambil kesempatan sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia untuk mengucapkan terima kasih kepada semua veteran tentera di atas sumbangan dan jasa mereka.


“Terima kasih kepada mereka kerana pengorbanan mereka pada waktu dahulu, menyebabkan kita boleh menikmati keamanan pada waktu ini,” katanya.


Sebelum itu, Mohamad Kairi bersama beberapa pegawai ZPP menyerahkan sumbangan kepada dua veteran tentera yang terpilih, Norsakhair Parlan dan Mohamad Abu Bakar.


Sementara itu, Norsakhair ketika ditemui di rumahnya di Permatang Pauh berkata, dia bersyukur kerana dipilih untuk menerima bantuan daripada ZPP itu.


Dia yang berusia 61 tahun itu berkata, dengan keadaan dirinya yang tidak berdaya untuk bekerja, sumbangan itu sedikit sebanyak mampu menampung perbelanjaan seharian untuk keluarganya.



ZPP menyantuni dua orang veteran ATM sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.


“Terima kasih kepada ZPP kerana mengadakan program seperti ini dengan memberi sumbangan kepada veteran tentera seperti saya. Terima kasih juga kepada pemberi zakat Pulau Pinang.


“Saya tidak terdaya lagi untuk bekerja selepas kaki kanan saya terpaksa dipotong sehingga paras lutut pada Disember tahun lalu.


“Kaki saya luka dan disebabkan saya penghidap diabetes, maka kaki saya terpaksa dipotong. Saya reda dengan ketentuan ALLAH,” katanya.


Menceritakan kembali pengalamannya di dalam ATM, Norsakhair yang mempunyai enam anak berkata, dia mula menyertai tentera pada usia 18 tahun iaitu pada 1978.


“Saya rekrut di Kem Majidi, Johor Baru. Saya kemudiannya ditukarkan sempadan iaitu di Kem 305 di Bukit Kayu Hitam, Kedah.


“Di sana, saya kurang terlibat dengan operasi sebaliknya bertugas di dalam pejabat.


“Tugas saya menyiapkan kertas kerja, sebab itu saya tidak begitu terlibat dengan operasi di lapangan,” katanya.


Seperti Norsakhair, Mohamad yang dikunjungi ZPP berkata, dia amat bertuah kerana terpilih sebagai penerima sumbangan sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia bagi tahun ini.



Norsakhair, Mohamad


Dia yang ditemui di rumahnya di Seberang Jaya turut menyatakan kegembiraannya dengan kunjungan itu.


“Saya merasa sangat gembira dan terima kasih kepada ZPP dan pemberi zakat Pulau Pinang dengan sumbangan ini. Jika tiada yang memberi zakat, maka tiada lah sumbangan seperti ini.


“Untuk yang layak menerima zakat, sebenarnya proses untuk memohon zakat tidak sukar. Jika semua syarat dipenuhi, isi borang dan zakat akan diberikan.


“Ia tidak susah, yang susah apabila mereka yang tidak cukup syarat,” katanya.


Mohamad yang kini berusia 71 tahun berkata, dia mula menyertai tentera pada 1970 dan berkhidmat selama 10 tahun.




Mohamad menceritakan tentang penyakit yang dihadapi kepada Mohamad Kairi.


“Saya mula bertugas di Kem Batu 7 di Kuching, Sarawak di dalam unit meriam iaitu pasukan bantuan dari jarak jauh.


“Saya berkhidmat selama 10 tahun iaitu dari 1970 hingga 1980. Selepas itu, saya bersara,” katanya.


Katanya lagi, dia disahkan mengidap kanser limfoma pada 2016.


“Saya kini perlu menjalani rawatan susulan kerana penyakit yang dialami ini.


“Memang takut pada permulaan menjalani rawatan tetapi saya tiada pilihan. Saya perlu tabah melaluinya,” katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ang-negara-dihargai
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
besar pengorbanan dorg ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.035845 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list