Sampai Menangis Di Atas Pentas! Rossa Kongsi Kisah Pahit Ketika Promosi Lagu Di Malaysia
Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Sri Rossa menceritakan kembali saatnya menangis ketika menyanyikan lagu Hati Yang Kau Sakiti pada konsertnya yang dihadiri penonton sekitar 3,000 orang di Malaysia pada tahun 2009.
Dalam Proses Perceraian Dengan Yoyo
Menerusi temubualnya bersama PUELLA ID di youtube,penyanyi ini menambah sebelum konsert bermula, beliau dalam proses perceraian dengan pemain dram kumpulan PADI, Yoyo.
Saya sedang melakukan makeup, tiba-tiba peguam saya telefon dan memberitahu, ‘Fail telah sampai di Pengadilan Agama ya’- dedah Rossa
Rossa menambah, perceraian itu memang sudah ‘disediakan’. Walaubagaimanapun, hatinya tetap lemah apabila mengingatkan kembali kenyataan pahit tersebut.
“Tetapi ketika itu saya seperti ‘Oh? Iya, iya it’s really happening”- katanya lagi
Menangis Di Atas Pentas
Tidak dapat menahan kesedihan, Rossa menceritakan bahawa beliau menangis di atas pentas ketika mempromosikan lagu Hati Yang Kau Sakiti.
“Ketika saya di atas pentas sedang mempromosikan lagu Hati Yang Kau Sakiti. Nangislah.”-Tutur Rossa sambil tertawa malu
Sekadar info, lagu Hati Yang Kau Sakiti hasil ciptaan Endah dari kumpulan UNGU masih menjadi hit sehingga sekarang.
“Kerana waktu itu, Hati Yang Kau Sakiti yang dihasilkan oleh Endah memang sudah ada kejadian-kejadian sebelumnya. Tapi apabila saya nyanyi, ia benar-benar sedih.”- ujarnya