CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2084|Reply: 1

[Kedah] Lebih 600 pelancong tempah feri ke Langkawi Khamis ini

[Copy link]
Post time 14-9-2021 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 600 pelancong tempah feri ke Langkawi Khamis ini[size=0.8]Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 14, 2021 @ 9:45pm[email protected]


Gambar hiasan



ALOR SETAR: Perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi melalui Terminal Feri Kuala Perlis ditambah satu lagi menjadikan tiga feri beroperasi pada hari permulaan gelembung pelancongan Khamis ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kepten Baharin Baharom, berkata ini berikutan jumlah penumpang feri yang sudah membuat tempahan setakat ini seramai 619 orang.

Beliau berkata, trip perjalanan itu membabitkan jadual bermula jam 9.30 pagi, 10.30 pagi dan 11.30 pagi Khamis ini.

"Bagaimanapun kami akan memantau pergerakan jumlah pelancong dan sekiranya perlu ada penambahan, kita akan tambah lagi feri bergantung pada keperluan untuk mencapai 50 peratus pelancong ke pulau itu.

"Namun Terminal Feri Kuala Kedah masih ditutup lagi berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kuala Kedah yang bermula sejak 6 September lalu," katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bermula 16 September ini, Langkawi boleh dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk negeri yang berada di Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Baharin berkata, pihaknya dimaklumkan hanya pelancong dari Kedah dan Perlis perlu menunjukkan sijil digital dua dos suntikan vaksin kepada petugas di terminal sebelum dibenarkan menaiki feri.

Bagaimanapun, katanya, pelancong yang datang dari negeri lain perlu mengemukakan bersama surat kebenaran polis seperti ditetapkan sebelum ini.

"Setakat ini kita sudah bersedia menerima kehadiran pelancong di Terminal Feri Kuala Perlis, selain meletakkan ramai petugas bagi memastikan penumpang feri mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Kami sudah memasang penanda supaya penumpang tidak bersesak di terminal feri dan berada pada jarak satu meter antara satu sama lain, manakala kanak-kanak pula perlu diawasi keluarga masing-masing," katanya.

Baharin berkata, semua kru feri dan petugas di terminal berkenaan sudah lengkap menerima suntikan dua dos vaksin sejak Mac lalu.

Katanya, selain itu sebahagian feri yang sebelum ini tidak beroperasi dibersihkan akibat teritip yang penuh di bahagian feri berkenaan.

"Perkhidmatan feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis juga ditambah sebanyak tiga buah bagi membolehkan pelancong pulang ke tanah besar nanti.

"Saya berharap semua pelancong yang ingin melakukan perjalanan ke Langkawi menggunakan perkhidmatan feri perlu mematuhi SOP ditetapkan dan wajib memakai pelitup muka bagi mengelak penularan jangkitan.

"Diharapkan semua penumpang datang awal sebelum waktu perjalanan feri mengikut tempahan dibuat bagi mengelak kesesakan berlaku di terminal feri," katanya.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2021 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
sangguppp
pergi lawat sekali bukit malut alang2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.041029 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list