CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1051|Reply: 0

[Kedah] SPRM teliti laporan penerokaan hutan haram di Kedah

[Copy link]
Post time 14-9-2021 08:19 PM | Show all posts |Read mode
SPRM teliti laporan penerokaan hutan haram di Kedah[size=0.8]Oleh Noorazura Abdul Rahman - September 14, 2021 @ 2:06pm[email protected]


Gambar hiasan. - Foto fail NSTP



ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang meneliti laporan penerokaan hutan secara haram yang diperolehi daripada Jabatan Perhutanan negeri itu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

Pengarahnya, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, berkata pihaknya sebelum ini menerima beberapa maklumat mengenai pencerobohan hutan namun tidak dapat dibuktikan berlaku rasuah dikalangan penguat kuasa.

Ini kerana, katanya, SPRM kurang mendapat kerjasama daripada orang awam untuk membuktikan ada berlaku kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Setakat ini, SPRM Kedah belum menerima apa-apa laporan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai isu terkini berkaitan penerokaan hutan secara haram di Kedah.

"Kita akan ambil tindakan dengan membuka kertas siasatan jika didapati ada asas berlakunya kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 atau mana-mana undang-undang mengikut bidang kuasa SPRM," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media semalam mengenai gesaan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader supaya SPRM menyiasat segera pencerobohan hutan simpan di Kedah.

Selain itu, Shaharom Nizam, berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan pihak yang berkaitan bagi memastikan aktiviti penerokaan haram di Kedah dapat dihapuskan.

Katanya, SPRM juga sebelum ini bersama Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan agensi kerajaan yang lain dalam beberapa siri operasi bersama membanteras kegiatan haram terbabit.

"Justeru, SPRM Kedah menggesa pihak yang mempunyai maklumat berkaitan penyalahgunaan kuasa dan rasuah supaya menyalurkan kepada pihak kami untuk tindakan.

"Kita tidak akan berkompromi dengan pihak yang melakukan penyelewengan terutamanya berkaitan alam sekitar," katanya.

Ahad lalu, media melaporkan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mengenal pasti kira-kira 3,500 hektar kawasan hutan simpan di seluruh negeri ini diteroka secara haram sejak 2011.

Pengarahnya Muhamad Abdullah, berkata penerokaan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu kebanyakannya bagi tujuan pertanian seperti tanaman kelapa sawit, durian dan getah selain pembinaan kawasan penempatan.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.090493 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list