CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12666|Reply: 42

Hotlink Internet 365 diperkenal dengan tempoh sah data dan talian 365 hari

[Copy link]
Post time 13-9-2021 10:30 AM | Show all posts |Read mode



Hotlink kini menambawah tawaran prabayar mereka dengan memperkenal pelan baru Prabayar Hotlink Internet 365. Pelan ini menyediakan data internet yang sah digunakan selama 365 sehari serta langganan tempoh aktif talian lebih lama.

Pengguna Hotlink Internet 365 diberi 3 pilihan pembelian data yang sah digunakan selama 365 hari, tiada lagi tempoh harian, mingguan atau bulanan. Data yang disediakan adalah:

2GB – RM6
4GB – RM10
10GB – RM20


Menurut ruangan soalan lazim FAQ, pas internet biasa, Hot Ticket dan Reload Plus tidak boleh dilanggan di dalam pelan Hotlink Internet 365. Jika mahu menambah data, hanya boleh membeli pas internet di atas sahaja. Tidak pula disebut mengenai pas HotlinkMU. Jadi ini adalah pelan yang tidak sesuai untuk penggunaan data yang banyak.

Selain itu, pengguna masih perlu memastikan bahawa talian mereka aktif untuk menggunakan data ini. Berita baiknya, Hotlink menyediakan tempoh sah lebih lama untuk setiap tambah nilai.

Tidak mengira berapa pun tambah nilai yang dibuat di Hotlink Internet 365, pengguna akan menerima tempoh sah talian selama 60 hari. Bermakna, tambah nilai RM5 mahupun RM50, tetap akan mendapat tempoh sah talian selama 60 hari.



Jika mahu tempoh sah lebih panjang, Hotlink Internet 365 turut menawarkan langganan tempoh sah 365 hari berharga RM30. Jadi pelanggan hanya perlu membayar RM55 untuk data 10GB yang boleh digunakan selama 365 hari. Atau serendah RM36 dengan 2GB data, pilihan yang baik untuk pengguna yang mahukan talian aktif dengan penggunaan data yang rendah, seperti peralatan Internet of Things (IoT) yang semakin banyak digunakan.

Hotlink Internet 365 turut menyediakan pakej kadar IDD dan panggilan rendah dan sah selama 365 hari iaitu RM2 bagi 15 minit panggilan ke Indonesia, RM2 untuk 30 minit panggilan ke Bangladesh dan India, serta RM4 untuk 10 minit.



Kepada pengguna baru yang berminat, boleh membeli pek prabayar SIM Hotlink Internet 365 secara dalam talian di laman web Hotlink, berharga RM25 dan datang dengan 10GB data yang sah selama 365 hari, tempoh sah talian 60 hari dan kredit RM2.



Selain itu, pek Prabayar Hotlink ini juga ada dijual di kedai seperti 7-Eleven, myNEWS dan 99 Speedmart berharga RM10 dengan kredit RM5 di dalamnya. Pengguna perlu menambah nilai untuk membeli data dan memanjangkan tempoh sah talian.


Untuk maklumat lanjut tentang pelan baru ini, layari laman web Hotlink Internet 365.

[Sumber: Hotlink] via soyacincau

------------------------------------------------------

ok juga pelan prepaid yang ni  365 hari tu.,,untuk
mak kat kampung ke ,cuma guna whatsapp facebook aje.
cuma kalau dapat kekal guna nombor yang sekarang
guna lebih sedap

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh guna yg sedia ada Best.. Ada 100++ duit dlm hotlink no tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miszclassique at 13-9-2021 11:34 AM

FUP ada mention tak? Try cari tak jumpa... Sbb baca komen2 kat fesbuk mcm ramai menyesal... Baru beli tenet dah habis kuota katanyehh

Edited:
Sorry2 baru nampak ada kuota tu.. Ingatkan 365 ni tambahan pelan unlimited internet tu.. Tersalah paham
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 13-9-2021 11:08 AM
Kalau boleh guna yg sedia ada Best.. Ada 100++ duit dlm hotlink no tu

Rasanya boleh je sis kekalkan nombor, sebab i nampak kt hotlink red i boleh upgrade pi hotlink 365 ni... Tapi i tak minat sbb rasa yg plan unlimited ni masih berbaloi walaupun 50gb je tapi tak pernah habis lg setakat ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 12:15 PM | Show all posts
miszclassique replied at 13-9-2021 11:40 AM
Rasanya boleh je sis kekalkan nombor, sebab i nampak kt hotlink red i boleh upgrade pi hotlink 365 ...

maxis fup 50gb berbaloi sbb speed dia tak macam buah oren tu mahupun telco siput bavi lembap



Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 13-9-2021 11:40 AM
Rasanya boleh je sis kekalkan nombor, sebab i nampak kt hotlink red i boleh upgrade pi hotlink 365 ...

Nak buat la.. X guna sangat no tu.. Dok top up sebab nak kekalkan no saja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2021 02:38 PM | Show all posts
adakah line kekal aktif utk setahun kalau x topap? Nak letak dalam cms
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Even unlimited, tp cpt gilaa makan data. Baru 2 mgu renew, dh slowww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2021 05:01 PM | Show all posts
freakazoid replied at 13-9-2021 02:38 PM
adakah line kekal aktif utk setahun kalau x topap? Nak letak dalam cms

kena beli dulu yg aktif selama 365 rm 30 tu klu tak beli cuma topup je 60 hari je aktif

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 05:05 PM | Show all posts
aku skrg guna yg ni lah, sesuai dgn aku sbb aku tak guna internet sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 07:54 AM | Show all posts
miszclassique replied at 13-9-2021 11:40 AM
Rasanya boleh je sis kekalkan nombor, sebab i nampak kt hotlink red i boleh upgrade pi hotlink 365 ...

saya pun guna unlimited tu capped kat 5 GB sehari rasanya.tapi masih berbaloi tu
dulu2 masa belum ada plan ni,seksa nak topap quota saja .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 07:55 AM | Show all posts
miszclassique replied at 13-9-2021 11:32 AM
FUP ada mention tak? Try cari tak jumpa... Sbb baca komen2 kat fesbuk mcm ramai menyesal... Baru bel ...

quote maxis memang laju habis lebih2 lagi kalau setting dalam handphone kita
auto refresh semua application dan sebagainya..hehe,itu belum layan video
lagi,atau facebook 24 jam haha.jadi plan ni kurang sesuai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 07:57 AM | Show all posts
sarah82 replied at 13-9-2021 12:32 PM
Nak buat la.. X guna sangat no tu.. Dok top up sebab nak kekalkan no saja..

kan. nombor sara yang lama tu 012 ke?  saya pun ada nombor 012 yang sayang
gila,20 tahun punya nombor ,tapi plan tu memang dah boleh buat validity
setahun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 08:00 AM | Show all posts
freakazoid replied at 13-9-2021 02:38 PM
adakah line kekal aktif utk setahun kalau x topap? Nak letak dalam cms

rasa kena topap dalam 60 hari,kena call maxis tu kalau ragu2
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2021 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 16-9-2021 07:57 AM
kan. nombor sara yang lama tu 012 ke?  saya pun ada nombor 012 yang sayang
gila,20 tahun punya no ...

Sy punya 017..syg betul.. Asyik top up saja.. Guna jarang kecuali kalau celcom down.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2021 08:01 AM | Show all posts
Jitu replied at 13-9-2021 05:05 PM
aku skrg guna yg ni lah, sesuai dgn aku sbb aku tak guna internet sangat

ok tu hehe..guna internet untuk check2 email sahaja Ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2021 02:50 PM | Show all posts
trunks replied at 16-9-2021 08:01 AM
ok tu hehe..guna internet untuk check2 email sahaja Ke?

email kadang2 je guna almaklumlah sy org kampung selalu guna utk bayar bil, tengok youtube, shopee, whatsapp pastu layan forum
socmed mcm fb, twitter, insta etc mmg takde hanya forum cari je lah di hati

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2021 01:51 PM | Show all posts
Jitu replied at 18-9-2021 02:50 PM
email kadang2 je guna almaklumlah sy org kampung  selalu guna utk bayar bil, tengok youtube, sho ...

hahaha..shopee wajib layan.nak hilangkan tension kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 06:20 PM | Show all posts
jimat ke pakai prepaid ni. mcm lagi mahal je sebab ada quota
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 03:35 PM | Show all posts
Macam macam cik pakai sim kad, tengah bandar ampang pun waktu kerja takde line.  Kita tukar maxis lak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.064110 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list