CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1106|Reply: 1

Saad calon Pengarah Teknikal FAM

[Copy link]
Post time 12-9-2021 08:58 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Selepas Datuk Ong Kim Swee meninggalkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), difahamkan beberapa nama dikaitkan untuk mengisi jawatan Pengarah Teknikal yang dikosongkan oleh Kim Swee minggu lalu.

Antara calon disebut-sebut adalah Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP), Saad Ichachelene.

Menurut sumber, pemilihan Saad sebagai Pengarah Teknikal FAM dilihat tepat berdasarkan kepada pengalaman luasnya di peringkat pembangunan sama ada di luar negara mahupun tempatan.

"Saad dah lama dengan NFDP sejak 2016 di mana dia banyak merangka program pembangunan yang baik buat NFDP sehinggalah dilantik TD (Pengarah Teknikal) NFDP pada 2019 lalu.

"Dia juga berpengalaman luas di luar negara di mana pernah menjadi ketua jurulatih akademi Paris Saint-Germain (PSG) dan melahirkan ramai pemain hebat seperti Adrien Rabiot, Presnel Kimpembe dan lain-lain.

"Dia juga memiliki hubungan yang erat dengan pemegang taruh seperti Majlis Sukan Negara (MSN) yang saya fikir antara faktor utama dia diletakkan sebagai calon hangat jawatan itu," kata sumber berkenaan.

Kim Swee melepaskan jawatan sebagai Pengarah Teknikal FAM selepas hampir sembilan bulan mengemudi unit penting itu sejak Januari 2021.

Keputusan itu diambil selepas mendapat tawaran membimbing pasukan Liga Super, Sabah FC. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2021 08:59 PM | Show all posts

Pengarah Teknikal NFDP, Saad Ichachelene.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.043453 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list