CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1016|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hospital medan akan dibina di HPP tampung pesakit COVID-19

[Copy link]
Post time 11-9-2021 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Hospital medan akan dibina di HPP tampung pesakit COVID-19September 11, 2021 @ 7:19pm



Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (empat kanan) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (tiga kanan) ketika meninjau tapak parkir untuk dijadikan hospital medan di Hospital Pulau Pinang hari ini. - Foto NSTP/Mikail Ong

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membina hospital medan di tapak parkir Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi menampung jumlah pesakit COVID-19 yang kian meningkat di negeri ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pasukan KKM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah melawat tapak hospital medan itu dan pembinaannya dijangka mengambil masa seminggu.

Beliau berkata hospital medan itu akan menyediakan lebih 100 katil pesakit yang memerlukan bantuan oksigen dan pengumuman lanjut mengenai tarikh bermula kerja pembinaan akan dibuat dalam masa terdekat.

"Ia (hospital medan) akan bermula secepat mungkin dengan dilengkapi wad Unit Rawatan Rapi (ICU) serta keperluan lain bagi merawat pesakit," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di HPP dan tapak hospital medan itu hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib dan Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Ma'arof Sudin.

Selain itu, Khairy berkata beliau akan berunding dengan hospital-hospital swasta di Pulau Pinang agar dapat menyewakan dewan pembedahan mereka bagi membolehkan doktor bedah di HPP melakukan pembedahan bagi kes-kes membabitkan pembedahan berisiko tinggi dan kritikal.

Beliau berkata ketika ini pihaknya menghadapi keperluan mendesak di HPP berkenaan kes-kes pembedahan perlu dibuat segera yang kritikal berikutan beberapa dewan pembedahan di HPP diubahsuai untuk merawat pesakit COVID-19 sehingga menyebabkan kapasiti untuk melakukan pembedahan agar terhad.

"Doktor dan pakar pembedahan di HPP sanggup buat pembedahan di dewan pembedahan di hospital swasta, jadi saya akan berunding dengan mereka (hospital swasta di Pulau Pinang) secepat mungkin kalau mereka tidak mahu menjalankan pembedahan (berisiko tinggi), kita akan sewa dewan pembedahan supaya dapat jalankan segera (pembedahan) kes kritikal," katanya. – BERNAMA














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.035906 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list