Debut Solo Dah ‘Release’! Ini 5 Fakta Debut Solo Lisa BLACKPINK Yang Anda Perlu Tahu
Lisa BLACKPINK akhirnya telah melakukan debut solo dan merilis MV single pertama LALISA pada hari ini (10 September 2021). Berikut adalah fakta debut solo Lisa BLACKPINK yang tidak ramai yang tahu. Anda ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!
Ahli Kumpulan Ketiga Melakukan Debut Solo
Pemilik nama Lalisa Manoban ini adalah ahli kumpulan ketiga BLACKPINK yang merilis debut solo. YG Entertainment pernah memberitahu bahawa kesemua ahli kumpulan BLACKPINK akan merilis debut solo mereka.
Lisa menjadi ahli kumpulan ketiga yang merilis debut solo, selepas Jennie dan Rosé melakukan debut solo terlebih dahulu.
Pada 26 Ogos 2021, Lisa BLACKPINK telah mengumumkan jadual rilis untuk album single debutnya berjudul LALISA, yang diambil dari nama aslinya Lalisa Manoban. Bersama braided hair dan pakaian serba merah, Lisa BLACKPINK telah memberikan warna lambar negara kelahirannya, Thailand.
Persiapan Debut Solo Sejak Disember 2020
Dalam merangka debut solo, ahli kumpulan BLACKPINK yang berasal dari Thailand ini ternyata sudah melakukan persiapan sejak Disember 2020. Berita ini disampaikan secara langsung dari agensinya sendiri, YG Entertainment.
Pre-Order Album LALISA Cecah Lebih 700 Ribu Tempahan
Lisa BLACKPINK telah mencipta rekod debut solonya selepas albumnya berjudul LALISA telah ditempah secara pre-order mencecah lebih dari 700 ribu tempahan. Rekod ini telah merekodkan Lisa BLACKPINK sebagai soloist wanita di Korea Selatan yang menerima pre-order album dengan jumlah yang sangat banyak.
Ahli BLACKPINK Menemani Lisa Jalani Penggambaran Sehingga Lewat Pagi
LIsa turut berterima kasih kepada ahli kumpulan BLACKPINK yang lain kerana telah menemaninya jalani penggambaran MV sehingga lewat pagi. Beliau merasakan bahawa beliau mampu menyiapkan album solonya adalah disebabkan sokongan ahli kumpulannya dan juga BLINKs.
“Jennie dan Rosé menunjukkan performances yang sangat hebat. Jadi saya juga turut bekerja keras. Kesemua ahli kumpulan BLACKPINK datang ke set penggambaran MV saya. Mereka bersama saya sehingga lewat pagi. Saya rasa sangat yakin. Semua ini untuk BLINKs.”-Lisa BLACKPINK
Wlpun lagu solo debut Lisa xlari dr bygn lagu2 Blackpink....yg penting lgu tu boleh jual sbb Lisa Blackpink kan...cuma masa part bridge lagu Lalisa tu tiba2 bertukar rentak....tu ja yg nmpk lain skit dr lagu solo Jennie & Rose....tapi klu dgr lagu2 artis bwh SM Ent....lagu2 di bhgian bridge tiba2 bertukar rentak tu perkara biasa huhu #justsaying
Post time 11-9-2021 05:51 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Biasa2 je lagu dia. Part Lalisa tu je yg agak catchy sket. Lagu Rose pun tak best, dah ler iols tak boleh masuk dgn suara dia. Iols tunggu solo Jisoo, next year ler kot, tu pun kalau YG tak postpone, dah biasa sangat.
Post time 11-9-2021 08:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nadie90 replied at 11-9-2021 04:36 PM
Wlpun lagu solo debut Lisa xlari dr bygn lagu2 Blackpink....yg penting lgu tu boleh jual sbb Lisa ...
Reply lain sebab iols baru faham maksud u part bridge tu. Hahaha lol. Ofcos lah boleh jual u, asalkan bpink walaupun lagu macam hampeh. Bbnu ramai kot minat diaorang ni. Lagu rose pun i tak minat, dengan suara sengau macam tercekik dia tu, memang tak mesra kat telinga lah.
Walaupun i tak minat bpink ni, tapi ada soft spot kat jisoo sebab dia macam underated n yg tak promote dia sangat.
Post time 11-9-2021 08:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
delia3003 replied at 11-9-2021 05:51 PM
Biasa2 je lagu dia. Part Lalisa tu je yg agak catchy sket. Lagu Rose pun tak best, dah ler iols tak ...
Berapa kali duk sebut lalisa taktau lah. Dah macam mantera pulak. Iols pun paling tak suka suara rose, memang tak sedap. Hope jisoo pun dapat limelight untuk debut solo nanti
Post time 11-9-2021 09:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by delia3003 at 11-9-2021 09:05 PM
cikpuanviolet replied at 11-9-2021 08:38 PM
Reply lain sebab iols baru faham maksud u part bridge tu. Hahaha lol. Ofcos lah boleh jual u, asal ...
Jisoo selalu dapat line pendek je, awal2 dulu banyak gak dapat line, lama2 makin kurang. Jennie dgn Rose yg byk dapat line. Jennie suara ok tapi kadang2 kurang gemar jugak dgn style nyanyi meneran dia tu.
Tunggu drama Jisoo keluar dulu ler, maybe Dec tahun ni. Nak harapkan solo, YG tu mmg slow sket bab release music baru. Harap drama tak bosan ler, iols dah lama pencen tgk drama korea.
Sama la....saya pun ada soft spot kat Jisoo.....Jisoo akan ada solo debut jgk ek...ingatkan memilih utk kembangkan karier ke bidang lakonan plak huhu...