CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1889|Reply: 2

Tunjuk ‘Baby Bump’, Kylie Jenner Sah Hamil Anak Kedua

[Copy link]
Post time 9-9-2021 06:58 AM | Show all posts |Read mode
Tunjuk ‘Baby Bump’, Kylie Jenner Sah Hamil Anak Kedua


Bintang Hollywood terkenal, Kylie Jenner mendedahkan beliau kini hamil anak kedua bersama teman lelakinya, Travis Scott.

Hamil Anak Kedua
Menerusi Instagram, Kylie telah memuatnaik video pendek untuk berkongsi dengan peminat, menunjukkan bintang TV itu pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan ultrasound.

“Ini adalah hari yang paling gembira dalam hidup saya.”-luah Ibu Kylie, Kris Jenner





Video kehamilan tersebut diakhiri aksi anak perempuannya, Stormi yang memeluk dan mencium perut Kylie sambil berkata ‘baby‘,  yang merujuk kepada bayi yang sedang berada di dalam kandungan ibunya itu.



  


Keluarga Luah Rasa Teruja



Berita kehamilan Kylie turut menimbulkan rasa teruja dalam kalangan keluarganya yang membanjiri ruangan komen di posting Kylie.



“Saya tidak dapat atasinya”-Kendall Jenner

“Menangis sekali lagi..Hadiah yang istimewa dan luar biasa yang Tuhan berikan kepada anda!!”-Kris Jenner

“Menangis!!”-Kim Kardashian

“Awww.”-Khloe Kardashian

“Menangis, ini sangat indah adikku yang diberkati.”-Kourtney Kardashian

Jawab Spekulasi Peminat



Berita kehamilan Kylie mungkin tidak mengejutkan bagi segelintir individu, kerana Kylie buat pertama kali menimbulkan spekulasi bahawa beliau hamil pada akhir Jun selepas beliau dilihat tidak mengambil tequila ketika KUWTK reunion.

Peminat juga menyedari bintang TV itu kelihatan seperti backlogging foto lama tubuh badannya untuk menjadikan ia kelihatan baru. Walaubagaimanapun, setelah berbulan-bulan menjadi spekulasi dari peminat, Kylie akhirnya mengesahkan bahawa beliau kini sedang hamil anak kedua.

Tahniah Kylie & Travis Scott!

SUMBER:https://murai.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2021 11:29 AM | Show all posts
lol sambung balik ka...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosannya family ni..rich & famous for the wrong reason... pulak tu dibangga2 dn djadikan cth plak seleb msia..ewwwwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.040524 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list