CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1967|Reply: 2

Kenang Mirdad Masih Tinggal Bersama Isteri

[Copy link]
Post time 7-9-2021 07:30 PM | Show all posts |Read mode
Masih Tinggal Bersama Isteri, Pelakon Kenang Mirdad Berkeras Tak Nak Cerai – ‘Sayang Sekali Kami Telah Berkahwin Selama 12 Tahun’



Umum tahu rumah tangga pelakon Indonesia Kenang Mirdad dan Tyna Kanna sedang diuji apabila ada dakwaan mengatakan influencer popular itu telah berlaku curang dan menjalinkan hubungan cinta bersama seorang rakan berbasikalnya.

Masih tinggal sebumbung



Menjawab kontroversi mengenai tuntutan perceraian, Kenang, 34, berkeras untuk mempertahankan perkahwinannya dengan Tyna, 31. Kata Kenang, mereka masih tinggal sebumbung bersama dua orang cahaya mata.

Tambah Kenang, dia mengingatkan Tyna bahawa keluarga adalah perkara terpenting dalam hidupnya.

Komunikasi dengan Tyna masih baik. Kami masih di rumah yang sama, masih makan bersama, masih bercakap.

Yang jelas dari saya adalah saya sangat menyayanginya. Sayang sekali kami telah berkahwin selama 12 tahun, sudah mempunyai dua anak, apa lagi yang dicari.. mesti la keluarga.

Rumah tangga bahagia


Dalam pada itu, Kenang menepis dakwaan yang mengatakan perkahwinan mereka tidak bahagia selama 12 tahun bersama.

Saya dan Tyna berada dalam keadaan baik. Kami masih dapat memenuhi keperluan bulanan kami, kami masih boleh membawa anak-anak berjalan-jalan, makan di luar. Aman semuanya.

Terdahulu, Tyna telah membuat permohonan cerai dengan Kenang selepas timbul dakwaan dirinya curang dan menjalinkan hubungan cinta dengan kawan baik suaminya.

Menurut sumber, Kenang dipercayai melihat sendiri isterinya dan lelaki tersebut berciuman di dalam tandas selepas tamat aktiviti berbasikal. Meskipun tahu perkara itu, Kenang memaafkan Tyna.

Difahamkan, perbicaraan kes mereka akan berlangsung pada 21 September ini.



Sumber: Kompas.com & yahoo!berita

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Iolss suka betul kakak ke adik si kenang Nana Mirdad tu. Iolss tak tahu kes ni tp setiap hari iolss akan tengok ig story Nana tu so last week iolss ada nampak Nana ss perbualan forum indonesia dorg pon guna code name. Nama mirdad jadi madrid si kenang jd nanang tp tak tahu lah betul ke tak citer ni sbb iolss tengok nana dgn tyna tu rapat. Skrg kenang ada kat bali rumah nana
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2021 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan bini dia dh buat gugatan cerai kan dgn si kenang ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.050496 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list