CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1971|Reply: 9

Park Seo Joon bintang filem Captain Marvel 2

[Copy link]
Post time 5-9-2021 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Park Seo Joon bintang filem Captain Marvel 2


Aktor yang mencetuskan fenomena menerusi drama Itaewon Class dan She Was Pretty, Seon Joon dijangka membawakan watak remaja kacukan Korea-Amerika, Amadeus Cho. - Foto AGENSI

KUALA LUMPUR: Bintang Hallyu kacak, Park Seo Joon, 33, akhirnya disahkan membintangi filem Hollywood terbitan Marvel Studios selepas terbang ke Los Angeles (LA), California, semalam.

Syarikat pengurusannya, Awesome ENT mengesahkan bintang filem Parasite itu sudah terbang ke Hollywood untuk menjalani penggambaran apabila Seo Joon dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan dipercayai menuju ke LA.

Seo Joon dilihat berpakaian serba hitam dengan memakai topi menutup mata ditemani pengurus dan pengawal peribadinya.


Seon Joon dilihat berpakaian serba hitam dengan memakai topi menutup mata ditemani pengurus dan pengawal peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan menuju ke LA. - Foto AGENSI

"Benar, Seo Joon sudah berlepas ke LA, tengahari semalam selepas mengesahkan ditawarkan kontrak membintangi filem sekuel pecah panggung, Captain Marvel yang dibintangi Brie Larson pada 2019.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada peminat yang begitu teruja mengetahui cabaran baharu Seo Joon.

"Ramai yang ingin tahu mengenai judul filem, produksi yang bakal bekerja, watak, lokasi penggambaran dan berapa lama tempohnya.

"Namun, pihak pengurusan tidak dapat mendedahkan secara terperinci buat masa ini, sebaliknya akan mengumumkannya pada masa yang sesuai.

"Apa yang diharapkan, peminat terus menyokong dan memberikan semangat kepada Seo Joon. Moga Seo Joon dapat menyelesaikan penggambaran dan pulang ke Seoul dengan selamat," kata kenyataan yang dikeluarkan Awesome ENT.

Terdahulu, desas desus kemunculan Seo Joon dalam filem produksi Hollywood itu bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu.


Seon Joon menyertai aktor Hollywood, Brie Larson dengan membuat kemunculan menerusi filem Captain Marvel 2: The Marvels. - Foto AGENSI

Biarpun Awesome ENT enggan mendedahkannya, namun khabar angin mengatakan aktor yang dikenali menerusi drama fenomena, Itaewon Class dan She Was Pretty itu bakal menyertai aktor Hollywood, Brie Larson dengan membuat kemunculan menerusi filem Captain Marvel 2: The Marvels.

Malah, nama Seo Joon sudah lama terpampang dalam laman web IMDb iaitu pangkalan data dalam talian yang berkongsi maklumat berkaitan filem, program televisyen dan video.

Selain filem Seo Joon dan Larson, turut membintangi filem Captain Marvel 2: The Marvels termasuklah Teyonah Paris, Iman Vellani dan Zawe Ashton.

Karya arahan Nia DaCosta itu dikatakan bakal menjalani penggambaran tahun ini dan dijangka menemui penonton pada 2021.

Seo Joon menjadi pelakon Hallyu ketiga membintangi filem The Marvels selepas Claudia Kim menerusi Avengers: Age of Ultron pada 2015 dan Ma Dong Seok dalam The Eternals (2021).

Walaupun watak dibawakan Seo Joon belum didedahkan, namun rata-rata menjangkakan bakal membawakan watak remaja kacukan Korea-Amerika, Amadeus Cho iaitu anak kepada Dr Helen Cho yang membuat kemunculan menerusi filem Avengers: Age Of Ultron. - AGENSI

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
oppa


Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka mamat nii..pakej sangatt
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Helok sgt!!!! All the best oppa
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka movie midnight runner. Terbaik. Satu lagi movie dia jd polis tp plot twist dia jahat nk balas dendam... Lupa tajuk. Movie best walaupun bukan kisah cinta.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
good luck!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Karya arahan Nia DaCosta itu dikatakan bakal menjalani penggambaran tahun ini dan dijangka menemui penonton pada 2021


2022 kot.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kenal oppa ni masa tgk Yoon's Kitchen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2021 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
iols mmg minat dia. hampir semua drama & movie dia dah tgk. complete package sbb dia tinggi & pandai masak memandai je aku assume kan

cumanya dia x pandai berlakon jadi mat jiwang, not his forte.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nape minho xberlakon huliwud ye...so far bg aku dia je kalau kiss scene menjadi sgt tidak seperti dicium atau mcium oleh pokok.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.371855 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list