CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1553|Reply: 3

Ikon 'Istana Takeshi' diserang dengan beliung, pisau

[Copy link]
Post time 5-9-2021 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Ikon 'Istana Takeshi' diserang dengan beliung, pisau


Kitano ketika mengacarakan rancangan permainan komedi ‘Istana Takeshi’ yang terkenal sebelum ini. Foto Agensi

Tokyo: Sebuah kenderaan yang membawa pengarah dan pelakon filem Jepun, Takeshi Kitano diserang oleh seorang lelaki dengan beliung dan pisau, kata laporan media.

Kitano, 74, juga pelawak televisyen terkenal di Jepun dikatakan berada di dalam kenderaan di premis stesen penyiaran TBS di sini, ketika serangan itu berlaku pada tengah malam tadi, lapor stesen itu.

Penyerang, seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dari wilayah Chiba di timur Tokyo, memecahkan cermin depan dan memukul bahagian lain kenderaan, kata TBS dan media tempatan lain.

Kitano, juga dikenal dengan nama panggungnya Beat Takeshi, pertama kali mendapat pujian atas penggambaran mengenai dunia kejahatan terancang Jepun.

Dia mendapat kemasyhuran antarabangsa kerana peranannya dalam 'Battle Royale' dan juga dalam rancangan permainan komedi 'Istana Takeshi'.

Tidak ada yang cedera dalam serangan itu, kata laporan yang menurut penyiar nasional NHK berlaku selepas Kitano selesai membuat penggambaran rancangan berita dan hiburan untuk TBS.

Polis menahan lelaki itu di tempat kejadian dan soal siasat dilakukan untuk mengenal pasti motifnya, kata NTV.

Bagaimanapun, polis Metropolitan Tokyo enggan mengulas mengenainya ketika dihubungi AFP pada hari ini.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dah lama tak tengok istana Takeshi, dulu2.. suka sgt tgok, tapi tayangannya waktu senja, selalu curi2 la tgok, ayah x bagi buka TV waktu maghrib..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2021 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
awww istana takeshi
tergelak iol tengok orang masuk pintu salah
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2021 12:28 PM | Show all posts
favourite aku adik bradik ni istana takeshi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.066872 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list