|
KAPIT, 4 September – Pelepasan air secara terkawal di Empangan Hidro Elektrik Bakun akan dilaksanakan selama 5 hari bermula 8 September sehingga 12 Oktober 2021.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), tujuan operasi pelepasan air secara terkawal ini adalah untuk membolehkan penurunan air di dalam empangan ke paras yang selamat.
Semasa tempoh pelepasan air ini, paras air di sebelah hilir Empangan dijangka akan mengalami peningkatan paras air.
LSS turut menasihatkan semua pihak yang terlibat iaitu orang awam, masyarakat perkapalan dan pengguna sungai di hilir empangan supaya mengambil tindakan awal dari aspek keselamatan semasa belayar dan penggunaan di perairan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pelepasan air empangan merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh pengendali empangan sejak beroperasi pada 2010.
Sumber: JPN
|
|