CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 642|Reply: 0

[Sarawak] Persimpangan lampu isyarat di Batu 10, Kuching ditutup

[Copy link]
Post time 4-9-2021 02:17 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Persimpangan lampu isyarat di Batu 10 akan ditutup sementara dari 6 September (Isnin) hingga 22 November (Isnin) nanti.

Menurut Jabatan Kerja (JKR) Sarawak, ia ekoran kerja membina semula turapan untuk Projek Lebuhraya Pan Borneo.

“Laluan yang akan ditutup sementara adalah dari Kuching ke Kota Padawan dan
Kota Padawan ke Serian.

“Orang ramai dinasihatkan untuk melakukan pusingan-U di persimpangan
Lampu Isyarat Batu 8 atau Batu 11,” kata JKR Sarawak menerusi notis, hari ini.

Dalam pada itu, JKR Sarawak juga menasihatkan semua pengguna jalan raya untuk menggunakan jalan alternatif yang
disediakan mengikut papan tanda arah yang dipasang.

“Segala kesulitan yang dialami amatlah dikesali dan kerjasama yang berterusan dari pihak anda amatlah dihargai,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, mereka memberitahu pihak kontraktor akan berusaha memendekkan masa kerja-kerja pembinaan bergantung kepada keadaan
cuaca dan kondisi tapak pembinaan.

Untuk rekod, sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik, sila hubungi Unit Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, JKRS di talian 082-230 879 atau  Audi Munir (PM) di talian 016 –879 2057 dan Isin Senada (TMO) di talian 017-850 4026.


sarawakvoice.com/2021/09/04

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.391491 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list