CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1378|Reply: 2

Azman kata heshe bukan anti kerajaan. Dah tu penjilat kerajaan ke cemana dekk? A

[Copy link]
Post time 3-9-2021 08:05 PM | Show all posts |Read mode
'Saya bukan anti kerajaan'

KUALA LUMPUR: Tular apabila dendangan lagu saduran, My Way nyanyian asal mendiang Frank Sinatra yang dikongsi di Instagram (IG) menarik perhatian rakyat Malaysia, Mohd Nur Azman Naim, 36, enggan peduli kecaman yang dilemparkan segelintir pihak.

Mohd Nur Azman berkata, sebelum perkongsian dibuat, dia membuat kajian dan melihat bagaimana sesuatu isu yang mahu diketengahkan, memberi impak kepada netizen.

"Kita memang tidak boleh memuaskan hati orang. Kalau saya berkompromi dengan perkara begitu, mesej yang hendak disalurkan kepada kumpulan sasaran yang lebih meluas, gagal.

"Justeru, sebelum merakam video dan berkongsi dalam media sosial, saya kaji terlebih dahulu apakah isu diketengahkan sama dengan pendapat ramai.

"Jika tidak sama, saya tidak akan buat," katanya kepada BH Online.

Mohd Nur Azman yang juga ahli perniagaan menjelaskan dirinya bukanlah anti kerajaan seperti disangka.

"Seperkara yang harus saya tekankan adalah saya bukan anti kerajaan. Saya hanya mengkritik sistem politik.

"Masyarakat kena pandai membezakan antara anti kerajaan dan anti sistem politik," kata usahawan yang menawarkan khidmat perundingan dan produk kosmetik ini.

Mohd Nur Azman mahu terus menyanyikan lagu parodi dan berbentuk satira kerana jiwanya lebih ke arah itu, biarpun ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Tambah bapa kepada dua anak ini, masyarakat hari ini sudah matang dalam menilai sesuatu walaupun isu yang diketengahkan dalam video parodinya mengkritik mereka.

"Kalau dengar betul-betul, lagu My Sejahtera Way memihak kepada seruan kerajaan supaya lebih ramai mendaftarkan diri untuk mengambil vaksin COVID-19.

"Apa yang mengejutkan, lagu itu sebenarnya membidas orang ramai yang tidak mendaftar untuk mengambil suntikan vaksin. Tak sangka mereka suka lagu itu... Ini bermakna mereka sudah matang," katanya.

Mengulas maklum balas positif yang diberi netizen terhadap video parodinya itu, Mohd Nur Azman mengaku terkejut lebih-lebih lagi dendangannya itu menarik perhatian Istana Johor.

"Ini bukanlah kali pertama video saya tular. Namun, penangan kali ini sangat luar biasa sehingga mendapat perhatian Istana Johor.

"Saya dihubungi seseorang yang memaklumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim sedang mencari saya.

"Mula-mula dapat berita itu, saya terkejut. Tetapi rupa-rupanya pencarian dibuat bagi menyempurnakan permintaan ayahanda baginda, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas tertarik dengan video saya itu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Nur Azman berkata, aksi parodi yang tular itu mendatangkan rezeki apabila dia menerima banyak tawaran berlakon dan lamaran menjadi penyanyi rakaman.

"Alhamdulillah, selepas tular, saya terima banyak tawaran berlakon dan dilamar syarikat rakaman yang mahu saya menjadi artis mereka.

"Saya sebenarnya sudah berlakon di bawah arahan Mamat Khalid. Cuma saya tidak boleh dedahkan secara terperinci mengenai filem berkenaan.

"Mengenai lamaran syarikat rakaman, saya tak fikir lagi. Saya memang minat menyanyi. Buat masa ini, saya lebih suka menyanyi dalam media sosial.

"Lagipun, saya menyanyi bukanlah kerana tujuan komersial. Saya mahu sampaikan mesej kepada masyarakat," katanya.

Mohd Nur Azman sebelum ini aktif mendendangkan lagu popular yang ditukar ke lirik bahasa Melayu menyentuh isu semasa sebagai tema persembahan, sejak pertengahan tahun lalu.

Bukan sekadar memiliki vokal hebat, lirik yang didendangkan cukup dekat dengan situasi dilalui masyarakat yang berperang dengan pandemik COVID-19.

Membuka akaun @azmannaim44mantra di Instagram (IG). Pengikut IG bertambah sehingga hampir 80,000 sejak video lagu saduran, My Sejahtera Way tular.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2021 08:06 PM | Show all posts

Mohd Nur Azman terkejut apabila video lagu My Sejahtera Way menarik perhatian sehingga Istana Johor mencarinya. -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2021 08:06 PM | Show all posts

Mohd Nur Azman mahu terus menyanyikan lagu parodi dan berbentuk satira kerana jiwanya lebih ke arah itu, biarpun ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakannya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.131946 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list