CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1075|Reply: 7

[Sarawak] Ditangkap ketika leka berjudi

[Copy link]
Post time 3-9-2021 03:11 PM | Show all posts |Read mode


SIBU: Tujuh lelaki dicekup ketika leka berjudi di sebuah premis di Jalan Foochow di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mereka yang berusia 58 hingga 64 tahun ditangkap pada jam 1.10 tengah hari.

"Semasa serbuan, polis mendapati kesemua lelaki sedang berkumpul di dua meja dan sedang leka bermain permainan judi jenis 'Tou Gee' dan 'Mahjong'," katanya dalam satu kenyataan pada Khamisi.

Kesemua suspek melakukan kesalahan di bawah  Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT)1953.

Katanya lagi, polis juga merampas sebuah meja, tiga kerusi plastik dan pelbagai peralatan perjudian sebagai bukti kes.

Stanley berkata, semua suspek juga didapati melanggar peraturan kerana berkumpul melebih dua orang dan dikompaun di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB)(LLDKTJ) (PPN) 2021.

Kesemua mereka yang ditahan telah diarah menjalani ujian calitan Covid-19 dan keputusan adalah negatif.

Semua suspek telah dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk siasatan lanjut.



utusanborneo.com.my/2021/09/03

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2021 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhaiiii umur pun dah lebih separuh abad. Masih lagi tak boleh tinggalkan perangai yg tak berfaedah langsung. Sepatutnya habiskan masa dengan keluarga. Gunakan duit yg ada utk benda yg lebih berfaedah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam ekonomi tak menentu ni, lagi nak buang duit ke? Jgn ckp ni 1st time main, tak reti untung rugi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah Mahjong - P Ramlee

Dengarlah kisah mahjong
Kisahnya sungguh thrilling
Satu meja empat orang
duduk keliling
Buah mahjong di kacau
bunyinya sangat bising
Diatur dua dua disusun susun
semacam dinding

Mahjongnya sangat banyak
bermacam macam warna
Ada buluh ada bola
ada tulis cina
Buah dadu dibuang
untuk mencari mata
Kalau dah dapat mata
baru senang mahjong boleh mula

Bermain mahjong sangat bahaya
Dari malam sampai besok senja
Tak makan tak minum
asyik bilik saja
Sampai lupa hai rumahtangga

MUSIC

Masing masing mencolek
sangat laju dan pantas
Dapat daun kotor
buah mahjong dihempas hempas
Mula merungut rungut
Tangan memegang kipas
Mahjongnya sangat kotor
Dari rajin dah timbul malas

Kalau dia nak berhenti
Mahjong dah kurang kaki
Mahu tak mahu kena tunggu
hai sampai pagi
Kalu ada yang sampai
dia senyum ketawa
orang yang tidak sampai
muka masam mulai tumbuk meja

Bermain mahjong
sangat bahaya
Dari malam sampai besok senja
Tak makan tak minum
asyik bilik saja
Sampai lupa hai rumahtangga

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mahjung ni sinonim ngn org cina kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2021 04:55 PM | Show all posts
judi judi juak ...

mask d lupa jangan

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah2 laaa... Kalau dah tabiat lama, susah betul nak buang.
Dah tua, kudrat da tak banyak. Nanti sakit ke apa, banyak duit nak kena pakai. Haihhhhh

tu pun mau kena ajar kaaa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.304899 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list