CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 742|Reply: 0

[Sarawak] Khidmat Tiong, Richard Riot sebagai Duta Khas disambung

[Copy link]
Post time 2-9-2021 11:55 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China.

Pada April 2020, Kerajaan PN melantik King Sing ke jawatan tersebut.

Beliau berperanan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Pada Mac 2020, King Sing menolak jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan tidak hadir ke majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Melawati di Putrajaya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur pada tahun 2014 hingga 2018.

Selain itu,  jawatan  Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur juga disambung.

Kerajaan juga bersetuju untuk memnyambung perkhidmatan presiden Pas  Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Asia Tengah.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, mesyuarat Kabinet pertama yang berlangsung semalam (1 September) turut bersetuju untuk terus menyambung pelantikan.

Pada 2 April 2020, Abdul Hadi dilantik oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Tengah bertaraf menteri.


sarawakvoice.com/2021/09/02


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.482686 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list