CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 830|Reply: 0

[Sarawak] Sanggup tunggu 14 jam untuk ujian calitan

[Copy link]
Post time 2-9-2021 11:53 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Demi menjalani ujian calitan lebih awal, ada yang sanggup menunggu 14 jam di hadapan Pusat Ujian Saringan COVID-19 di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

Tinjauan Suara Sarawak malam tadi, ada yang sudah menunggu seawal jam 7 malam.

Beberapa kenderaan dilihat sudah berada di laluan masuk ke pusat ujian saringan tersebut.

Walhal pusat berkenaan hanya akan memulakan operasinya bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Tinjauan turut mendapati ada ibu bapa yang membawa anak kecil seawal usia satu tahun menunggu sama di dalam kenderaan.

Menurut mereka pusat ujian secara pandu lalu menjadi pilihan kerana ia disifatkan lebih selamat tanpa risau akan faktor penjarakan fizikal berbanding pergi secara ‘walk-in’.
Kata mereka, meskipun sedar tempoh menunggu agak lama, namun mereka lebih rela datang lebih awal.

Harapan masyarakat agar kerajaan dapat menubuhkan pusat ujian saringan pandu lalu seperti ini bagi memudahkan dan menjamin keselamatan orang awam.

Untuk rekod, setakat terdapat enam lokasi pusat ujian saringan baharu ditubuhkan di Daerah Kuching yang akan memulakan operasinya hari ini.



sarawakvoice.com/2021/09/02

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.715522 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list