|
Pink kecewa Piper Rockelle dieksploitasi ibu bapanya
Pink (kanan) kecewa Piper Rockelle (kiri) diekspolitasi ibu bapa.
Los Angeles: Penyanyi Pink, 42, kecewa apabila ibu bapa bintang YouTube, Piper Rockelle mengekploitasi anak mereka semata-mata untuk mengejar kemasyhuran.
Menerusi satu ciapan di Twitter, penyanyi terbabit terkilan apabila gadis berusia 13 tahun itu dibiarkan mengambil gambar berbikini pada usia semuda itu.
"Berapa ramai lagi kanak-kanak seperti Piper Rockelle dieksploitasi ibu bapa mereka? Ini tidak patut untuk gadis berusia 13 tahun bergambar dengan bikini, manakala ibunya yang mengambil gambar," katanya.
Bagaimanapun, Piper menjelaskan ibunya tidak bersalah dalam perkara itu.
Menurutnya, dia cuma mengejar impian sendiri dan ibunya menyokong niat itu.
"Pertamanya, saya mahu semua tahu bahawa bukan ibu yang suruh saya buat itu dan ini. Sebaliknya, saya adalah seorang kanak-kanak yang memiliki impian dan ibu membantu saya mencapainya.
"Saya tak rasa Pink pernah menonton mana-mana video saya di YouTube. Ini kerana kalau dia tengok, saya cuma berseronok dengan kawan-kawan dan menjadi diri sendiri," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my
|
|