CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 914|Reply: 1

[Sarawak] 25 orang dikompaun RM37,500, sambut ambang merdeka di Kuching

[Copy link]
Post time 1-9-2021 04:08 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seramai 25 individu dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara sempena sambutan ambang Merdeka di sekitar Kuching.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah (gambar) berkata, kesemua 25 individu terbabit ialah 14 lelaki dan 11 wanita berumur antara 22 hingga 49 tahun.

"Kesemua 25 individu telah melakukan kesalahan iaitu berada di kawasan awam melebihi tempoh masa yang ditetapkan dan tiada penjarakan sosial.

"Nilai keseluruhan kompaun yang dikenakan ke atas semua individu adalah sejumlah RM37,500," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Ahsmon, kesemua mereka dikenakan kompaun semasa Ops COVID-19 yang diadakan pada 8 malam 30 Ogos hingga 1 pagi (31 Ogos 2021) di sekitar Kuching.

Beliau berkata, pasukan pematuhan telah menjalankan pemeriksaan di dua tempat berasingan di kawasan Jalan Tan Sri Ong Kee Hui dan Jalan Hup Kee.

Katanya, Ops COVID-19 berkenaan dilakukan pasukan pematuhan terdiri tiga pegawai dan 12 anggota yang menjalankan operasi penguatkuasaan SOP Akta 342 sempena sambutan Ambang Merdeka di Kuching.

"Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi pelaksanaan SOP yang dikeluarkan dan pihak polis tidak akan berkompromi berhubung perlanggaran SOP," tegasnya.


utusanborneo.com.my/2021/09/01


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 08:55 PM | Show all posts
Padan muka ...

pastu nanti2 meraung ... kata kerajaan gagal lah apa ...kes makin meningkat la ... sedangkan sendiri tak reti nak jaga diri sendiri .


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:22 PM GMT+8 , Processed in 0.110904 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list