CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1057|Reply: 2

[Sarawak] Kehebatan lima anak Sarawak di Tokyo

[Copy link]
Post time 31-8-2021 06:56 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Lima wakil Sarawak daripada 22 atlet yang mewakili Malaysia di Paralimpik Tokyo 2021 jelas mengetengahkan kekuatan luar biasa daripada kontinjen negara.

Paling mencuri tumpuan apabila dua daripadanya iaitu Bonnie Bunyau Gustin berjaya memenangi pingat emas dalam kategori 72 kilogram (kg) dan Jong Yee Khie yang berjaya memenangi pingat perak dalam kategori 107kg.

Menteri Kebajikan, kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, kejayaan kedua-dua atlet itu diharap dapat mencetus semangat atlet para Sarawak yang akan beraksi di Sukan Para Sukma Johor tahun hadapan.

“Diharap kejayaan mereka (Bonnie dan Yee Khie) menjadi panduan kepada atlet-atlet lain dalam usaha mencipta nama di Para Sukma untuk kali ke-14.

“Hasil daripada kejayaan tersebut mereka sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengikuti latihan di lapangan,” katanya keyika dihubungi Arena Suara Sarawak.

Jelas beliau, diharap dengan dua pencapaian hebat di persada dunia itu dapat membuka mata masyarakat tentang keupayaan khususnya golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Sekali gus mengangkat martabat dan digniti komuniti OKU di Sarawak.

Beliau sekali lagi menzahirkan penghargaan kepada Bonnie dan Yee Khie diatas kejayaan mereka menempa nama Malaysia di persada dunia serta berterima kasih kepada wakil atlet yang lain dan juga kepada Jurulatih Kebangsaan Jamil Adam yang berasal dari Sarawak.


sarawakvoice.com/2021/08/31

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 01:52 AM | Show all posts
Hebat
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 01:55 AM | Show all posts
corak mask lebihkurang yang FC jahit sendiri






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 1.309225 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list