CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 987|Reply: 1

[Sabah] Majlis perkahwinan cetus kluster baharu

[Copy link]
Post time 30-8-2021 02:08 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Majlis perkahwinan telah mencetuskan Kluster Lima di Nabawan berikutan kes indek mengalami gejala deman, batuk, dan sakit sendi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, ia merupakan kes komuniti melibatkan seorang lelaki, 22, yang disahkan positif COVID-19 pada 20 Ogos 2021.

"Kes indek didapati mula menunjukkan gejala pada 18 Ogos 2021, siasatan ini juga mendapati kes ini kemungkinan mendapat jangkitan dari komuniti.

"Pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 134 individu terdiri daripada ahli keluarga, kontak rapat dan kontak kasual mendapati 61 lagi kes positif termasuk empat kes baharu pada 28 Ogos 2021," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, 21 individu masih menunggu keputusan saringan pertama, sementara 53 individu negatif dalam sample pertama.

Katanya, semua kes positif COVID-19 dalam kluster itu telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan menjalani pengasingan.

Selain itu katanya, pada 28 Ogos 2021, terdapat satu lagi kluster dilaporkan iaitu Kluster Pin Supu, Kinabatangan.

"Ia merupakan kluster di tempat kerja iaitu di ladang kelapa sawit dalam Mukim Sukau, Kinabatangan.

"Kes indeks adalah pekerja ladang, wanita, 40, warganegara Indonesia disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) di Hospital Kinabatangan pada 22 Ogos 2021," katanya.

Menurutnya, kes indeks yang mula bersimptom sejak 14 Ogos 2021, telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya.

Katanya, aktiviti persampelan kontak terhadap 129 individu mendapati seramai 34 kes positif termasuk 32 kes baharu hari ini dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan.

Yap Siong Han

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2021 02:09 AM | Show all posts
kenapa lah tak serik2 dengan kes terdahulu akibat majlis kawin ni...

tak kira lah pasangan pengantin dan keluarga ...

atau tetamu yang datang ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.084341 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list