View: 901|Reply: 1
|
Neitzel enggan tuding jari, Zainal lega
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pengendali Selangor FC, Karsten Neitzel enggan menuding jari dan menyalahkan 100 peratus kegagalan meraih kemenangan ke atas Melaka United di bahu tonggak pertahanan, Ashmawi Yakin semata-mata.
Red Giants yang mendahului skuad Hang Tuah pada minit ke-18, bagaimanapun terpaksa membayar harga mahal apabila kehilangan Ashmawi 10 minit kemudian selepas tonggak pertahanan tengah itu membuat terjahan keras untuk pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah.
Beraksi dengan 10 pemain sepanjang perlawanan menyebabkan Selangor lebih banyak menyerap asakan dan akhirnya terpaksa berpuas hati dengan satu mata apabila Melaka berjaya meraih gol penyamaan untuk menamatkan aksi 1-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.
Jelas Neitzel, dalam bola sepak tindakan yang dilakukan Ashmawi itu kadang-kala perlu bagi memastikan gawang pasukan tidak terancam.
"Kad merah itu itu jelas dan saya tak sempat bercakap dengan Ashmawi lagi… Tapi dia (tindakannya) mahu mendapatkan bola dan terpaksa melakukan terjahan itu hingga mendapatkan kad.
"Situasi berkenaan dalam bola sepak ada masanya berlaku dan perlu namun apa yang pasti kami akan kehilangan seorang lagi pemain untuk aksi berikutnya," katanya.
Ujarnya lagi, kelemahan yang perlu segera diperbaiki adalah dari aspek penyudah yang nyata tidak begitu garang ketika berdepan skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu.
"Kami perlu lebih berbahaya terutama di kawasan pihak lawan tapi kami tak dapat lakukannya. Ifedayo Omosuyi ada peluang, begitu juga dengan Danial Asti tapi ia tidak cukup mengancam.
"Selepas ini kami akan menentang Sabah FC hujung minggu depan dan kami perlu bangkit memburu tiga mata," katanya.
Pada aksi itu, gol Selangor diperolehi menerusi tonggak import dari Myanmar, Hein Htet Aung sebelum pelawat menyamakan kedudukan pada masa kecederaan babak kedua hasil rembatan Manuel Ott dari luar kotak penalti.
Dalam pada itu, rasa lega nyata terpancar di wajah pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan apabila anak didiknya berjaya bangkit pada masa kecederaan untuk mengikat Selangor FC.
Begitupun, Zainal yang juga bekas pemain negara mengakui agak terkilan dengan prestasi pemain yang tidak menentu dan kerap melakukan kesilapan mudah biarpun sudah ditegur berulang kali.
Malah katanya, pemain dilihat gemar mencari jalan sukar apabila sering ketinggalan sebelum bangkit di hujung saingan untuk mengikat lawan.
"Boleh dikatakan lebih kurang 10 gol kita lepas (dalam lapan aksi sebelum ini), boleh kata 80 peratus adalah kesilapan dan hari ini (malam tadi) saya mengigatkan lagi dan ia berlaku lagi.
"Bagaimanapun kami mendapat kelebihan selepas Selangor bermain 10 orang , mereka (pemain Melaka) nampak lebih tersusun kerana kelebihan ini, cuma mereka tidak mengambil kelebihan itu pada separuh masa pertama.''
HMetro
|
|
|
|
|
|
|
|
ASHMAWI melakukan terjahan ke atas pemain Melaka United, Sony Norde di Stadium MBPJ. FOTO Aswadi Alias |
|
|
|
|
|
|
| |
|