|
2,427 kes positif, empat kematian
KUCHING: Sarawak mencatatkan 2,427 kes positif dan empat kematian akibat jangkitan Covid-19 hari ini.
Empat kes kematian dilaporkan masing-masing satu kes dilaporkan di Bau, Sibu, Kuching dan Serian.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan berkata, sebanyak 2,422 atau 99.80 peratus kes adalah daripada kategori 1 dan 2. Manakala dua kes kategori 3 dan tiga kes kategori 5.
Menurutnya, Daerah Kuching mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu 1,155, diikuti dengan Serian (434), Sibu (147), Samarahan (93), Bau ( 80 ), Simunjan (63), Bintulu dan Tebedu (59), Song (48 ), Pusa (32), Betong (31), Selangau (26), Miri (23), Tatau (21), dan Limbang (20).
“Manakala, Saratok merekodkan 19 kes, Subis (17), Kapit dan Beluru (15), Mukah (13), Sarikei dan Lundu (9), Luboh Antu ( 8 , Belaga dan Kabong (7), Sri Aman dan Asajaya (5), Marudi (2), Dalat, Pakan, Julau, Sebauh dan Meradong (1),” katanya.
Beliau berkata, enam lagi kluster baharu diisytiharkan di Sarawak hari ini melibatkan Kluster Tempat Kerja dan Kluster Komuniti.
Katanya, antara kluster tersebut adalah Kluster Ladang Hijau 01, Beluru; Kluster Kampung Simpok, Serian; Kluster Kampung Batu Kitang Jaya, Kuching; Kluster Jalan Kilang Pending, Kuching; Kluster Merajang, Limbang dan Kluster Bandar Baru Mukah, Mukah.
Kluster Ladang Hijau 01 merupakan Kluster Tempat Kerja dan merekodkan 19 kes positif, Kluster Kampung Simpok adalah Kluster Kominiti (102 positif) dan Kluster Kampung Batu Kitang Jaya juga merupakan Kluster Komuniti (27 positif).
Manakala, Kluster Jalan Kilang Pending dikategorikan sebagai Kluster Tempat Kerja merekodkan 69 kes positif, Kluster Merajang, Limbang adalah Kluster Komuniti (25 positif) dan Kluster Bandar Baru Mukah juga Kluster Tempat Kerja (52 positif)
|
|