Pasti ramai masih ingat kisah tular pelakon Indonesia Galih Ginanjar menggemparkan media apabila menyamakan kemaluan bekas isterinya, Fairuz A. Rafiq seperti bau ikan masin.
Kredit foto: IG Fairuz/Galih
Susulan tindakannya itu, pelakon berkenaan dijatuhkan hukuman penjara.
Selepas dibebaskan awal tahun ini, Galih mengakui menyesal dengan tindakannya itu dan mahu memohon maaf.
Menerusi satu temu bualnya di saluran YouTube Indonesia, Galih berkata, dia menyesal dan rindu pada anak lelakinya yang kini berada di bawah jagaan Fairuz.
Kata Galih lagi, dia sudah terputus hubungan dengan bekas isterinya sekali gus menyebabkan dia tidak dapat berhubung dengan anak lelakinya.
Malah, dia pernah menghantar mesej di Instagram pada April lalu, namun mesej tersebut tidak dibalas.
“Saya sedih karena tidak dapat menjadi bapa yang baik buat dia. Saya tak dapat bertemu dia, apatah lagi mahu bersamanya.
“Jujur, saya akui malu mahu bertemu dengannya. Kerana kelakuan saya dulu, saya jadi malu untuk bertemu dia dan takut sama ada dia sudi atau tidak untuk bertemu dengan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Galih turut menceritakan keegoannya dahulu di mana dia sangat kesal apabila pernah berkata, mahu membuat ujian DNA terlebih dahulu jika anaknya ingin bertemu dengannya.
“Itu adalah bukti kemarahan dan keegoisan saya," katanya.
Terdahulu, Galih dihukum penjara selama dua tahun empat bulan susulan kenyataan menghina bekas isterinya.
Sumber: RotiKaya
|