CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1363|Reply: 6

Beli kereta guna duit syiling. 51,000 yuan (kira-kira RM33,163). Lebih 20 pekerj

[Copy link]
Post time 27-8-2021 10:00 AM | Show all posts |Read mode
Beli kereta guna syiling
Agensi

Beijing: Bukan sesuatu yang menghairankan jika seseorang membeli kenderaan secara tunai.

Bagaimanapun, lain pula kisah bagi kakitangan sebuah premis jualan kereta di China apabila berdepan seorang pelanggan yang mahu membayar menggunakan hanya duit syiling.

World of Buzz melaporkan pelanggan dimaksudkan adalah seorang lelaki dari Zhoukou di wilayah Henan, China yang membeli sebuah kereta berharga 51,000 yuan (kira-kira RM33,163).

Namun, lelaki berkenaan membayar sepenuhnya dengan duit syiling.

Chen, kakitangan di premis jualan kereta berkata, pembeli itu bekerja dalam bidang perusahaan tepung.

Dia datang ke premis jualan dengan membawa 10 beg berisi duit syiling bagi membeli kereta untuk anaknya.

Disebabkan itu, Chen meminta bantuan lebih 20 kakitangan lain untuk mengira duit syiling satu persatu dan usaha itu mengambil masa lebih dari tiga jam.

Chen mengakui itu kali pertama berurusan dengan pelanggan yang membuat pembayaran cara berkenaan.

Kisah itu tular hingga mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen yang rata-ratanya terkejut.

Ada yang mencadangkan kakitangan terbabit supaya menggunakan kaunter duit syiling.

"Kedai ini sangat bagus. Mereka sanggup mengiranya. Saya tidak mahu," komen seorang netizen.

"Bank ada mesin yang boleh mengira duit syiling. Lebih senang," tulis seorang lagi netizen.

"Selepas mengira duit syiling, mereka pergi ke bank untuk menyimpan. Kakitangan bank harus mengiranya semula," tulis netizen lain.

Disiarkan pada: Ogos 27, 2021 @ 6:30am

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
selagi namanya duit, di terima la kan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kena kejar lhdn ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 01:14 PM | Show all posts
Sabar betul petugas kedai mengira dan tak tolak pelanggan
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
saje dok naya pekerja
lantak asalkan duit
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2021 03:40 PM | Show all posts
kalau tak silap kat Malaysia even bank pun ada limit nak terima duit syiling ni. tak boleh bawa selori dump kat kaunter.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2021 10:03 AM | Show all posts
setakat baca kt indo dgn china yg boleh bayar pakai duit syiling..
mungkin drpd golongan susah...
kt negara kita pun, bank tak bagi..ada limit...
diorg suh pergi mesin deposit syiling kalau nak buat deposit..
tp masalahnya tak semua bank ada mesin deposit syiling...
kalau ada kadang2 tak leh guna...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.074776 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list