MIRI : Seorang lelaki ditahan kerana mengamuk dan mahu menetak abangnya dalam kejadian di sebuah bengkel di Tudan Desaras di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, suspek berusia 41 tahun dikatakan turut bertindak mengugut mahu menetak beberapa pekerja abangnya di bengkel berkenaan.
Suspek ditahan susulan laporan polis dibuat abangnya yang berusia 58 tahun.
Polis turut merampas sebilah parang sabit yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.
Suspek dikatakan bertindak demikian kerana gagal mendapatkan wang yang diminta daripada abangnya.
Suspek kini ditahan untuk siasatan siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.