View: 1215|Reply: 4
|
[Sabah]
Seramai 866 remaja, kanak-kanak dijangkiti COVID-19 di Sabah
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Seramai 866 orang daripada keseluruhan 3,224 kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini merupakan remaja serta kanak-kanak berusia 17 tahun dan ke bawah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata daripada jumlah itu, seramai 565 orang berumur enam hingga 17 tahun, 268 orang berusia satu hingga lima tahun, manakala 33 orang berusia kurang setahun.
"Kesemua 866 orang didapati positif COVID-19 ini masih belum layak untuk diberikan vaksin...sehingga semalam 53.9 peratus penduduk dewasa Sabah telah memperoleh satu dos vaksin dan 32.5 peratus telah melengkapkan pengambilan dua dos," katanya menerusi kenyataan malam ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
KOTA KINABALU: Sebanyak 866 kes daripada keseluruhan 3,224 kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Sabah pada Rabu (25 Ogos) melibatkan golongan remaja serta kanak-kanak berusia 17 tahun dan ke bawah, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata, daripada jumlah itu, seramai 565 orang berumur enam hingga 17 tahun, 268 orang berusia satu hingga lima tahun, manakala 33 orang berusia kurang setahun.
"Kesemua 866 orang didapati positif COVID-19, ini masih belum layak untuk diberikan vaksin... sehingga Selasa 53.9 peratus penduduk dewasa Sabah telah memperoleh satu dos vaksin dan 32.5 peratus telah melengkapkan pengambilan dua dos," katanya menerusi kenyataan pada Rabu malam.
Beliau berkata daripada jumlah kes direkodkan pada Rabu, sebanyak 2,119 kes positif pandemik itu berusia antara 18 hingga 59 tahun, manakala 239 orang merupakan warga emas berusia 60 tahun atau lebih.
Masidi berkata seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang terus meningkat, dengan Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi pada Rabu iaitu 630 kes, Penampang (413) dan Tuaran (348).
"Dengan jumlah catatan sebanyak 2,098 kes daripada saringan kontak rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan," katanya.
Beliau berkata jumlah kes dicatatkan pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan di Sabah mencapai 131,030 kes, manakala seramai 2,020 pesakit COVID-19 sembuh pada Rabu, menjadikan jumlah kumulatif sembuh seramai 101,624 dan 4,763 pesakit sedang menerima rawatan.
- BERNAMA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya ramai lagi tapi tak dilaporkan. Lagipun budak2 cepat sembuh. Dalam family saya hari tu, anak2 duluan sakit then baru yang dewasa. Kalau bukan pasal hilang deria bau, mesti ingatkan demam biasa. Nasib baik gagahkan diri minta swab test ke hospital. Dari situla tau positif. Itupun result lambat betul keluar. 8 hari baru keluar. Dah sihat sepenuhnya pun dalam tempoh menunggu result tu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya ramai lagi tapi tak dilaporkan. sangat sangat setuju ...
ada yang memang takmo pergi check walaupun dah boleh agak dah kena covid ...
takut nanti tak boleh pergi kerja ...dan macam2 alasan lagi...
lagipun sekarang ... apa yang FC perati ... kakitangan kesihatan pun dah letih dah ... sampai jika hanya gejala2 ringan ... suruh balik rumah kuarantin diri ...
update sendiri kat MySejahtera ...
rasa2 nya ... semua ke jujur nak update ...?
dan ...macam la yang d suruh kuarantin kat rumah sendiri tu semua ada bilik asing2 ada tandas sendiri ... ada bilik mandi sendiri ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 29-8-2021 08:06 AM
sangat sangat setuju ...
ada yang memang takmo pergi check walaupun dah boleh agak dah kena covi ...
Betul... kesian jg dgn staf kkm dah x ckup tangan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|