CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 772|Reply: 4

[Sarawak] Pertandingan Katak Borneo

[Copy link]
Post time 26-8-2021 03:21 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Pertandingan Katak Borneo Antarabangsa anjuran Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mempunyai tarikan tersendiri meskipun ia diadakan secara maya kali ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, acara berkenaan yang memasuki edisi ke-9 tahun ini berjaya mengumpulkan pakar amfibia serta pemuliharaan selain pencinta alam.

“Saya dimaklumkan kita menerima sambutan memberangsangkan dan mempunyai penyertaan daripada semua bahagian di Borneo.

“Sarawak telah memperlihatkan dirinya sebagai ‘tuan rumah’ acara yang mengumpulkan hampir 120 spesies amfibia.

Pada kali ini pertandingan diadakan secara maya disebabkan pandemik yang melanda,” katanya berucap sempena Pra Pelancaran Pertandingan Katak Borneo Antarabangsa ke-9 2021 secara maya di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata, pada majlis penutupan pertandingan yang diadakan Disember, pelbagai acara diadakan termasuk ceramah, pameran, bengkel dan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.



“Kita berharap peserta yang terlibat akan meluangkan masa selepas pertandingan dengan melawat beberapa kawasan hutan terlindung untuk menikmati hidupan liar, pantai, hutan hujan serta budaya yang ada,” katanya.

Menurut Abdul Karim, kementerian sentiasa mengalu-alukan dan menyokong acara sedemikian yang memamparkan biodiversiti Sarawak sekali gus mempromosikan eko pelancongan kepada peserta luar negara.

Sementara itu Naib Canselor Unimas, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi pertandingan akan diadakan bermula 1 September sehingga 29 November 2021.

Katanya, pada salah satu edisi sebelum ini, mereka menerima penyertaan daripada 17 negara yang mewakili empat benua.

Pelbagai tujuan kita mengadakan pertandingan ini termasuk untuk mempromosikan pemuliharaan amfibi di kalangan masyarakat umum melalui pertandingan fotografi yang inovatif, mensasarkan anak sekolah dan mendedahkan mereka kepada idea dan konsep pemuliharaan alam, selain mempromosikan eko pelancongan di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa.

“Antara lain ia juga mempromosikan gaya hidup sihat dan mempromosikan sains kepada masyarakat sebagai kaedah menyebarkan pendidikan pemuliharaan selain mengumpulkan data saintifik,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2021 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo baru tahu ada pertandingan katak Di Malaysia. Tapi kalau boleh pergi pun, mungkin acik tak pergi la. Sebab nanti riuh dengan suara acik terjerit jerit kat situ.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 04:18 PM | Show all posts
acikbrown replied at 26-8-2021 04:13 PM
Ooo baru tahu ada pertandingan katak Di Malaysia. Tapi kalau boleh pergi pun, mungkin acik tak pergi ...
hahaha geli katak ey...?

FC lak takut en.U

ada katak ada la U

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-8-2021 04:18 PM
hahaha geli katak ey...?

FC lak takut en.U

Hahaha geli sangat. Ular pun sama. Kalau tengok gambar ular kat TV, tak boleh tidur Malam. Asyik terbayang je..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2021 04:25 PM | Show all posts
acikbrown replied at 26-8-2021 04:20 PM
Hahaha geli sangat. Ular pun sama. Kalau tengok gambar ular kat TV, tak boleh tidur Malam. Asyik t ...
tepi tapak kaki pernah kena jilat ngan ular
demam dekat seminggu...
terasa2 lagi kasar nya lidah dia huhuhu ...

sebab tu bila nengok katak ni...
memang takut la ... lagi2 bila bunyi bising dalam longkang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.050013 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list