Objek seramik yang dijumpai di tapak lapangan terbang lama Bintulu sewaktu kerja-kerja pembersihan tapak kapal terbang lama ( Bintulu Old Airfield ) membuka satu lagi pengkajian sejarah yang sangat menarik tentang Bintulu.
Objek seramik ini dikatakan wujud pada zaman dinasti Sung ( Kerajaan China dahulu kala ).
Tapak lapangan terbang lama Bintulu ini dahulunya merupakan sebuah kawasan dataran yang luas dimana kawasan hulu sungai Bintulu bermula, iaitu kaki Bukit Durang ( Bukit Orang ). Banyak kisah-kisah menarik daripada masyarakat Vaie tentang sejarah serta cerita mistik berkenaan dataran lapangan terbang lama ini, akan admin ceritakan dari masa ke semasa kelak.